~SaHaBaT SaYa~
Wednesday, 30 March 2011
DECO DECO BENG BENG BOONG!
Ida nak join jgk lah segmen abg ben ni..senang je..klik je kat banner tu..dah siap..selamat mencuba..!!
Jiran
Assalamualaikum semua..
Hari ni Ida nak berkongsi cerita tentang jiran..Jiran ialah org yg tinggal bersebelahan atau berdekatan dgn rumah kita..Kita sbg orang Islam di wajibkan utk berbuat baik dgn jiran & saling tolong menolong..
Di kawasan rumah Ida ada byk kucing2 liar berkeliaran..Dah nama pun binatang so diorang ni suka melepaskan sisa buangan di merata tempat termasuk la dpn rumah Ida..Ida pun asyik busy je manjang jd x de masa nak buang sisa2 buangan kucing2 tu..Nasib baik lah Ida ni ada jiran yg baik hati sanggup tolong buangkan..Bertuah Ida ye..Hehehe..Terima kasih 'jiran'..
Tp berlainan pula nasib seorang kawan Ida ni..Setiap hari dia mengadu tentang jirannya yg x bertimbang rasa..Tiap hari jiran dia sapu sampah & tinggalkan sampah kat depan rumah dia..Kesian kakak kita sorang ni..Terpaksa sapu & buangkan sampah jiran sebelah..Kalau sekali sekala x pe..Ini kalau tiap2 hari nak kena sapu & buang sampah org sapa yg x hangin..Hai, macam2 kisah hidup berjiran ni kan?Blogger2 yg lain kalau ada kisah tentang jiran2 anda leh la share..
Kita kalau nak org suka kat kita, kita jgn lah buat perkara yg org x suka..Buat baik apa salahnya..Org x marah kita & kita pun x payah nak bersusah payah bermusuh dgn org..Betul x??Jadi.........Jaga lah hati jiran kita..Dapat pahala tau! Jadi kepada rakan2 blogger sekalian..Jangan sakitkan hati jiran k?Esok2 kalau tiba2 emergency kita nak mintak tolong jiran jugak..
Jadi......Jaga diri, jaga akhlak, hiasi peribadi..Supaya kita x jadi musuh org..Papai!
Tuesday, 29 March 2011
Hari Yg Rajin
Hehehe..Hari ni Ida rasa tersangat la rajin..Rajin apa tu?Rajin nak meng'update' entry..Sampai 2 entry utk hari ni..Kenapa?Sebab rajin..Hehehe..Al maklum lah 2,3 hari yg lps Ida bercuti..Balik kelantan utk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Ida..Rasa nak meroyan jgk la sbb x dpt nak berblog & ber'fb'..Itu yg hari ni lps gian sampai 2 entry..Setakat ni 2 lah..X tahu la malam2 nanti kalau jari jemari ni rajin nak menari atas keyboard ni boleh je tambah jd 3 entry..Hehehe..
Cakap tentang majlis perkahwinan tentu ramai blogger2 yg masih bujang tu ambik kesempatan utk mendirikan masjid di musim cuti sekolah yg lalu kan?So kepada blogger2 & sepupu Ida yg mendirikan masjid tu Ida ucapkan Selamat Pengantin Baru..Semoga jodoh kalian kekal sehingga ke akhir hayat & di kurniakan zuriat yg soleh & solehah..Amin..
Dan kenangan paling best waktu menghadiri majlis perkahwinan itu ialah Ida sempat ikut pengantin pergi photoshoot out door..Tercapai jgk cita2 Ida nak jd model..Walaupun dalam hujan x kisah lah..Janji boleh jd model..Hehehe..Lepas tu dapat lah habuan sorang sikit..Habuan apa?Habuan demam..Sekali dgn pengantin2 demam..Puas hati bergambar dalam hujan..Hahaha..
Lastly, ok lah..setakat tu je lah Ida mampu membebel..mata pun sudah mengantuk effect minum ubat batuk td..Gud nite kawan2..Jumpa lg esok..
Wassalam..Papai..
Cemburulah Agar Cinta Lebih Ghairah
Assalamualaikum, Hye, Salam 1 Malaysia semua..
Lama jgk la Ida x update entry d blog cik Ida ni..Maklum la busy..Skrg pun tgh demam..So mood utk menulis tu x dtg la..Tp tetiba hari ni rasa mcm nak menulis pulak sbb terbaca 1 tajuk dlm majalah wanita td..Cemburulah Agar Cinta Lebih Ghairah..Ida teruja nak kongsi pendapat & pandangan tentang cemburu ni sbb ramai yg ckp x perlu nak cemburu2..Yg penting kepercayaan kita pd org yg kita syg..Kalau kita jujur dgn pasangan buat apa kita nak ragu?Yup..Memang betul..Kepercayaan..Memang kita percaya tp yakinkah kita bahawa org yg kita syg itu jujur dgn kita sepenuhnya?
Ida bkn nak menakutkan sesiapa..Cuma, cuba kita bayangkan mcm mana kalau org yg kita syg x layan kita walaupun kita sengaja buat org yg kita syg cemburu! Sakit kan? Mesti kita rasa mcm x d perlukan lg kan?Apa perasaan kita kalau pasangan kita selalu bercerita tentang kelebihan teman sepejabat yg 1 jantina dgn kita..Sakit hati kan?Begitulah pentingnya perasaan cemburu..Dan, jangan x tahu cemburu jugak boleh meruntuhkan ikatan silaturrahim & persahabatan yg sudah lama terjalin..Yg salah d sini ialah perasaan cemburu buta! Ida ingat lg Ida pernah tulis entry tentang cemburu..Ramai kawan2 Ida yg x setuju dgn Ida..Tp bila Ida suruh diorg baca & kaji tentang cemburu baru lah diorg setuju dgn Ida..
Cemburu juga boleh meningkatkan prestasi kerja kita & mewujudkan persaingan yg sihat antara kita & pasangan kerana disebabkan perasaan cemburu itu kita sedaya upaya akan cuba utk membuktikan bahawa kita adalah yg terbaik utk si dia..So sekali lg Ida nak ckp cemburu tu x salah..Asalkan jgn cemburu buta yg melampaui batas sehingga memusnahkan rasa kasih syg antara kita & pasangan..Dan blog Ida ni pun bkn blog CEMBURU ok?Jangan salah faham pulak..hehehe..Sekadar berkongsi pendapat & pandangan utk renungan bersama..
Jaga diri..Jumpa lg..Assalamualaikum..
Tuesday, 22 March 2011
Musim Hujan
Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia & Hye semua..!!
Mcm mana keadaan rakan2 blogger hari ini? Ida hrp semuanya dlm keadaan baik & sihat semuanya..
Maklumlah..Skrg kan musim hujan..Kalau x jaga kesihatan & diri baik2 mesti cpt kena penyakit..Contohnya kawan2 ofis Ida ni dah ramai yg selsema la, demam la, batuk la..Ida pun dah terkena simpton2 nak demam tu..Berjangkit dgn diorg ni lah agaknya..
Kalau ckp bab sakit ni..Hujung minggu yg lepas Ida di kejutkan dgn berita tentang bakal mak mentua Ida dikejarkan ke hospital kerana diserang penyakit lelah..Berdebar2 jgk lah dada Ida & tunang..Kecewa jgk lah Ida sbb x dpt cuti..X boleh nak jengah bakal mak mentua kat hospital..Hanya tunang saja yg blk menjenguk keadaan maknya..4 hari jgk lah bakal mak mentua berada di dlm wad..
Alhamdulillah..skrg kesihatan bakal mak mentua Ida bertambah pulih..Doa Ida setiap hari semoga Ida & tunang sekeluarga sentiasa di murahkan rezeki & di berikan kesihatan yg baik utk meneruskan hari2 yg akan datang..Tp kita cuma mampu merancang..Yg menentukan segala2nya adalah Dia yg maha berkuasa..Kalau di takdirkan Ida demam jgk kena terima dgn hati yg redha..Semua itu dugaan dr Allah s.w.t..
Lastly, jaga diri baik2..Jgn main hujan di musim hujan ni..Kalau nak keluar jgk gunakan payung atau baju hujan..Ada yg kata musim hujan skrg ni ada kena mengena dgn tsunami di jepun & dlm air hujan tersebut ada radiasi nuklear yg pecah baru2 ini..Wallahhualam..Ida pun x tahu la betul ke tidak..Yg pastinya kita kena mencegah sebelum sakit..Jumpa lg di lain n3!! Wassalam..Papai..
Sunday, 20 March 2011
Hepy Anniversary
Diam x diam..pejam-celik2..dah setahun dah rupanya Ida bertunang..X sdr pun masa dah berlalu dgn begitu pantas..Bile nak kahwin?Soalan tu dah selalu sgt org tanya..Insyaallah hujung thn nanti kalau x de aral melintang sampai lah hajat kami nak naik pelamin..Kawan2 blogger tolong doa2 kan utk Ida ye..
Emm..Ckp pasal anniversary, selalunya org bagi hadiah apa ye?Ida rasa mcm malas nak bagi hadiah..Cuma nak ajak si dia keluar makan je..Itu dah memadai kot bg Ida..Sbb pd Ida x pyh tunggu anniversary atau hari apa pun kalau nak bagi hadiah..Setiap hari pun boleh bg hadiah & tunjukkan kasih syg pd yg tersyg..Hargai lah org yg tersyg..hehehe..Mcm kempen kemalangan jalan raya pulak..
Pd blogger2 yg celebrate anniversary hari ni Hepy Anniversary to u all jgk..X ksh la anniversary apa pun..Semoga korang semua sihat2 & bahagia selalu..Amin..Jaga diri baik2..Papai..Assalamualaikum..
Tuesday, 15 March 2011
BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN
Assalamualaikum..hehehe..setelah lama menyepi kini Ida muncul kembali dgn menyertai segmen tajaan abg ben..1st time ni sbnrnya nak join segmen..takde idea sgt tp takpe lah..cuba je lah..bismillahirrahmanirrahim..
LATAR BELAKANG SAYA
Ida di lahirkan di Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Negeri Kelantan Darul Naim..Ida membesar di kelantan sampai umur 10 thn..lps tu ikut family pindah Perak..ayah bekerja sbg penyelia di sebuah syarikat kerajaan..ibu seorg suri rumah..Ida ada 3 org adik beradik..seorg lelaki dan 2 pompuan..
PROFESION SAYA SEKARANG
Ida sekarang bekerja sbg seorg kerani di sebuah syarikat swasta di Bukit Beruntung, Selangor..
BLOG FAVOURITE SAYA..KENAPA?
blog favourite Ida dah tentu lah blog Ben Ashaari..kenapa? kerana blog beliau byk maklumat2 berguna & tips2 utk blogger baru mcm Ida..
BLOG YG SAYA X SUKA NAK MASUK..KENAPA?
actually semua blog pun Ida suka masuk & baca..kecuali kalau blog tu ceritanya panjang berjela tp takde apa2 yg menarik pun..cuma omong kosong saja..
IMPIAN SAYA TERHADAP BLOG SAYA
impian Ida mesti la nak blog Ida femes mcm blog abg ben..hehehe..walau pun Ida masih baru lg tp Ida harap dgn join segmen abg ben ni ramai la follower Ida nanti..
www.idanurfieyda.blogspot.com , kelantan
Friday, 11 March 2011
Bila Kemalasan Melanda
tolong..........saya malasss....... |
emm..semalam 1 hari tak update entry..bercuti..hehehe..
entry ari ni pun dah ckp malas kan..so memang Ida malas sgt ari ni..
tak tahu lah kenapa..tp memang malas gilerrr....
rasa nak balik rumah tido je..
dah la pg2 td hujan lebat..bestnya tido klu time sejuk2 gitu kan...
lg 1 sebab kenapa malas sgt ari ni nak g keje b'coz malas nak mengadap muka boss..
takde mood sgt..boss pun semenjak 2,3 menjak ni asyik nak marah2 je..
semua staff kena marah..apa kena ntah..dtg bulan kot..hahaha..
oppss..boss kite lelaki laa..hahaha..
rasa mcm nak benti keje pun ada bila asyik kena torture je hari2..huhuhu..
tp kalau benti keje, nak cari keje kat mana pulak time gawat2 mcm ni..
aduuhh..pening kepala den..
kepada sesiapa yg tau ada kerja kosong tu bg tau Ida k?
tp kerja di sekitar Rawang ni je lah..
ok lah..MALAS nih..jaga diri ye..papai..wassalam..
Wednesday, 9 March 2011
Pasangan Curang
Assalamualaikum & hye semua..
entry hari ni mcm serius skit..Ida sebenarnya x tahu nak tulis entry apa dah sbb dah kehabisan idea..
tp tetiba Ida teringat la kat sorang kawan Ida ni yg sdg mengalami masalah rumahtangga..
Ida bkn nak mengaibkan seorang teman tp Ida cuma nak berkongsi sedikit tips yg Ida tau..
menurut kata teman td suaminya sudah berhubungan dgn perempuan lain sejak setahun yg lalu iaitu selepas teman Ida melahirkan cahaya mata pertama mereka..
dan sekarang mereka dlm proses penceraian..
begitulah hebatnya kesan kecurangan pasangan sehingga boleh meruntuhkan sebuah rumahtangga yg dulunya bahagia sekali..
Antara tips2 yg Ida tau bila sang suami mula menunjukkan tanda2 utk curang..
1- jgn terus menyerang suami dgn maki hamun kerana lelaki mempunyai ego yg sgt tinggi..takut serang x pakai
helmet nanti lain pula jadinya..bila ego suami tercalar suami mudah malu & tawar hati..itu la yg jd kes suami
x balik rumah tu..
2- bertanya / bg pendapat seolah2 kita x tahu yg suami kita curang seperti..'abg..apa yg perlu sy buat lagi utk
lebih menceriakan rumahtangga kita?' jgn sekali2 bertanya apa yg kurang pd diri kita..kerana itu akan
menimbulkan syak yg beliau sudah kantoi dgn kita..
3- pasang badan cantik2, wangi2..
4- belajar utk masak masakan yg lain dr apa yg kita selalu masak..
5- buat sesuatu yg lebih menggembirakan hati sang suami..jika selama ini x penah berjoging, ajak dia
berjoging..tp mesti dgn lembut..kalau dia x nak jangan paksa..fikirkan cara / aktiviti lain..
6- selalu buat solat hajat..berdoa supaya suami kembali pd kita..
Insyaallah..jika kena caranya suami akan berfikir 2x untuk berlaku curang apatah lagi untuk berkahwin lain..
pepatah org tua2 ada mengatakan 'berbuat baik akan di balas dgn baik'..jika tidak di dunia, insyaallah di akhirat kelak kita akan dapat ganjaran kita..
pepatah orang putih 'THE BEST WOMAN WIN'
selamat mencuba..
papai.. :-D
Tuesday, 8 March 2011
Adab & Percakapan Orang Kita
Assalamualaikum..hye..salam 1 Malaysia..
Mcm mana dgn hari ini?harapnye lebih baik dr semalam..Ida doakan semuanya sihat sejahtera hari ini..bercakap pasal semalam, Ida ada 1 cerita nak berkongsi dengan semua..kisahnya, petang semalam semasa Ida tunggu ofis sorang2 datanglah seorang jejaka yg pd pandangan Ida orgnya masih muda lg..hensem & bergaya seperti seorang yg berkerjaya..muka pun nampak lembut seperti seorang yg mempunyai hati yg baik..opss..Ida bkn nak menggatal ye..lagi pun Ida sedar yg diri ini tunangan org.. :-)
Berbalik kpd lelaki td..dia dengan penuh bergaya melangkah memasuki ofis Ida.."kat sini ada jual topup tak?" amboi..dgn tak bagi salam bagai terus menerjah je dgn suara yg agak kuat..tp Ida layan kan jugak.."ada, nak topup berapa?".."bg saya topup Celcom RM5" sambil lelaki td menghulurkan not RM50 pd Ida.."ada duit kecik tak encik?sy takde duit tukar".."hai!! kedai punya la besar!! duit pun takde??" terpana sekejap Ida bila di jerkah oleh lelaki td..dan dia pun terus merampas duit di tangan Ida & membaling kad topup di depan Ida..serasa Ida la takde pulak Ida meninggikan suara pd beliau td..ckp takde duit tukar pun dgn suara yg control ayu je..emm..sabar je lah..
Kalau semua ni terjadi kat kawan2 semua apa yg kawan2 semua nak buat ye?memang betul piagam pelanggan mana2 company pun 'Customer Is Always Right' kan?tp customer pun kena la bersikap sopan sikit..jgn ikut hati je..Ida pun manusia juga mcm awak2 semua..
Di sini Ida nak menegur sikit lah adab & percakapan anak2 muda kita..Ida pun muda juga..tp Ida di ajar sejak dr kecil lg untuk menghormati org lain tak kira org muda atau org tua..bercakap dengan menggunakan bahasa yg sopan..tak perlu tengking2, tinggi2 suara..kalau tak puas hati ckp elok2, bawa berbincang tak kira dlm masalah apa sekali pun..kita semua manusia..sama sahaja..pangkat & kekayaan tak membezakan kita semua..iman & ketaqwaan kpd Allah yg 1 je yg membezakan kita semua..jadi kpd semua sahabat2 blogger Ida yg Ida percaya semuanya baik2 belaka..renung2 kan lah..bukan nak menghina sesiapa..sekadar nak berkongsi pendapat & rasa dgn sahabat semua..maafkan Ida jika Ida tersalah ckp atau bahasa yg kurang menyenangkan semua..Ida pun cuma Hamba Allah yg hina & naif..
Wassalam..Jaga diri..
Monday, 7 March 2011
Pakaian Muslimah
Assalamualaikum w.b.t..selamat petang & semoga semuanya sihat belaka..ida tertarik dgn tajuk entry kali ini selepas menonton wanita hari ini di tv3 tengah hari td..ida jgk tertarik dgn baju2 yg labuh & menutup aurat tp lebih elegan & bergaya..siapa kata wanita bertudung tak boleh berfesyen?even wanita2 di negara arab sekali pun nmpk bergaya dengan jubah labuh hitam mereka..pereka2 fesyen hari ini jgk ramai yg mementingkan fesyen di kalangan wanita muslimah..lihat sahaja di butik2 pakaian muslimah yg tmbh bagai cendawan tumbuh selepas hujan..cantik bkn pakaian rekaan mereka..kalau zaman dulu wanita di galakkan utk memakai baju kurung, jubah & sebagainya..tp sekarang wanita bertudung juga boleh memakai seluar kerana baju2 muslimah yg labuh & cantik sudah byk di pasaran..jubah2 yg ada di pasaran skrg pun sudah di modenkan & elegan sekali..ida sendiri pun ada koleksi jubah sendiri..jd tak perlu pakai ketat2 & singkat utk berfesyen..baju yg bsr & longgar pun nmpk cntk & bergaya kalau kita pandai menyesuaikannya..pd blogger2 yg lain jgn terasa hati pula ye?ida sekadar berkongsi pendapat & ilmu dgn semua..ida sendiri pun bkn lah baik sgt..so sama2 lah kita renung & berubah ke arah kebaikan..tp jgn jd mangsa fesyen pula ye..ida undur diri dulu dgn lafaz assalamualaikum..jaga diri semua..
Sunday, 6 March 2011
HappY BeSDay!!
Assalamualaikum & salam 1 malaysia..hehehe..hari ni mood kite happy sikit coz adik kite celebrate his birthday yg ke 20 tahun..dah besar dah adik kite..pejam celik, pejam celik dah 20 tahun dah usia dia..dan umur kite pun makin meningkat 1 angka lg pd tahun ni..teringat pulak kite zaman kecik2 dulu..zaman main kejar2, main sorok2, berebut itu berebut ini, bergaduh then baik balik..macam tu la kehidupan berkeluarga..ibarat kata org2 tua, air di cincang tak akan putus..tali silaturrahim sesama adik beradik tak akan pernah & mungkin terputus walau bergaduh mcm mana sekali pun..sbb kita lahir dari rahim yg sama & darah yg mengalir dlm tubuh kita juga adalah darah yg sama..tp sekarang semuanya dah besar panjang..dah tak boleh nak main kejar2 lg..coz masing2 dah tinggal jauh dr mak ayah..dlm bulan ni juga kite celebrate anniversary pertunangan kite yg pertama! diam tak diam, bergaduh pung pang pung pang dah setahun bertunang..bile agaknya kite nak menamatkan zaman bujang kite ye? hehehe..akhir kata kite nak ucapkan happy birthday pd semua blogger2 yg celebrate birthday pd bulan ini & especially pd hari ini..selamat ulang tahun kelahiran..semoga di panjangkan usia oleh Allah s.w.t, di murahkan rezeki, pd yg belum berumahtangga semoga di percepatkan jodoh & bertemu jodoh yg soleh & solehah..amin..salam sayang dr kite sekeluarga..jaga diri..tingkatkan prestasi..kurangkan kontroversi..hehehe..papai!!
Subscribe to:
Posts (Atom)