~SaHaBaT SaYa~

Saturday, 30 April 2011

Peribahasa Orang Lama


Assalamualaikum, hye & salam 1 Malaysia..
Hari ni Ida nak jadi cikgu boleh x?Ida nak ajar tentang peribahasa atau kiasan orang lama..Kiasan ni kalau tanya atuk atau nenek korang semua mesti diorang faham..Hehehe..Ok, jom masuk kelas cikgu Ida.. ^_^

Orang berilmu / pintar

Tempayan yg penuh itu tidak berkocak airnya = Orang yg berilmu tidak suka bermegah2 kan dirinya..

X dahaga si penunggu telaga = Kalau berhampiran dengan orang besar2 atau orang berilmu maka sedikit sebanyak akan mendapat pertolongan & ilmu pengetahuan..

X gerun *beliung memandang kempas besar tersergam tinggi = Orang yg kecil tetapi pintar tidak takut melawan orang yg lebih besar & di pandang hebat..
*beliung - sejenis alat menebang pokok seperti kapak dengan matanya melintang..

Sukakan gaharu kerana harum baunya, sukakan mahaguru kerana ketinggian ilmunya = Sukakan sesuatu kerana terdapat faedah besar yg dapat dipelajari & dimanfaatkan untuk diri..

Sukarnya kaji pada orang alim, sukarnya wang pada orang kaya = Orang pandai2, berilmu memutuskan sesuatu perkara sesudah menimbangkan sedalam2, semasak2nya tapi orang kaya hanya mengeluarkan duit kalau ternyata menguntungkan dirinya..

Perbuatan sia2

X ada guruh pada si pekak, x ada kilat pada si buta = Kias atau sindiran x ada ertinya pada orang yg bodoh, bahlul..

Takkan boleh bersiul sambil meminum air = Melakukan kerja yg mustahil / sia2..

Antara 2 darjat

Sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik = Barang yg tidak berguna kepada orang besar2, kaya raya, barulah diberi kepada orang miskin, hina..

Menunjuk-nunjuk

Terung buah tergantung, lobak buah berlindung = Ada orang yg suka menampakkan / menunjuk-nunjuk kekayaannya  tapi ada pula orang yg menyembunyikannya..

Ok..Itu saja pelajaran untuk hari ini..Jadi kalau kita balik kampung & duduk dekat orang2 tua, kalau terdengar ayat2 di atas sendiri mau ingat lah ye.. (^_^)

2 comments:

  1. salam..jom join contest ida..

    http://norlida89.blogspot.com/2011/05/contes-i-love-my-mom.html

    ReplyDelete
  2. try minum air sambil bersiul...huhu
    mmg x boleh..

    ingat beliung tu puting beliung rupanya
    benda tajam mcm kapak tu...
    baru th..thank ida yg rajin!!!

    heeeee...dah mcm karam walia pulak...(sila buat gaya tngan itu)...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...