~SaHaBaT SaYa~

Saturday 18 June 2011

Kenangan Zaman Sekolah

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat petang..Tengah x de keje nak buat ni tiba2 di tag pulak oleh seorang KAWAN untuk join contest yg di anjurkan oleh Dr Siti Hamidah..

Masa Ida tingkatan 4, ada seorang budak lelaki yg teramat nakal..Tapi Ida kesian tengok dia sebab dia anak yatim..Ayah dia dah x de, dia tinggal dengan mak & adik perempuan dia je..Hidup diorang sekeluarga susah sangat..Nama dia Ida dah lupa dah tapi kitorang panggil dia dengan nama glamour dia iaitu Longkang..Hahaha..Kenapa panggil nama tu..Ida pun x tahu..Ada la sejarah dia kot..Longkang ni teramat la selekeh..Beg sekolah entah berapa tahun x bertukar, dah koyak rabak sampai dah x de rupa beg..Baju sekolah pun dah jadi warna kuning, seluar pun singkat sampai nampak stokin dengan buku lali..Ida dengan kawan2 1 kelas selalu belanja Longkang makan & minum waktu rehat..Longkang ni seorang yg suka buat lawak & nakal tapi hati dia baik..1 hari, Longkang x siap kerja sekolah Matematik..Cikgu yg ajar Matematik Ida dulu perempuan & garang sangat..Cikgu Zainun..Jadi sebab cikgu tu geram si Longkang ni x siapkan kerja dia cikgu suruh dia berdiri atas meja..Bayangkan Longkang yg tinggi tu kena berdiri atas meja..Dengan selambanya Longkang cakap
''saya pening la cikgu berdiri tempat tinggi2 ni''

''ok la kalau macam tu awak duduk bersila atas meja tu''

Si Longkang ni pun duduk la..Dah nama pun budak nakal..Memang x reti la nak duduk diam2..Nak di jadikan cerita meja yg dia duduk tu bergoyang sebab kaki meja tu x sama..Jadi dia pun goyang la meja tu buat macam goyang kerusi..Tiba2........Berdebuk!! Bunyi macam nangka busuk jatuh..Kitorang semua pandang meja yg Longkang duduk tu & dia x de kat situ..Rupanya dah terjelupuk kat bawah dengan kaki terkangkang ke atas..Apa lagi..Kitorang semua ketawa x ingat sampai nak terburai perut rasanya..Cikgu yg garang tu pun ketawa jugak..Sejarah la hari tu sebab boleh buat cikgu yg garang macam nak makan orang tu ketawa sampai berair mata dia..Lepas tu cikgu suruh salah sorang budak kelas kitorang pergi kantin order air susu segelas untuk Longkang..Kesian orang tu dah la kurus kering macam x cukup zat cikgu kata..Tu la salah 1 kenangan zaman Ida sekolah..Kisah ni Ida ingat sampai sekarang..Balik sekolah kitorang belanja Longkang makan cukup2 sebab kesian..Kalau nak tahu muka si Longkang tu sebijik macam muka kartun Usop Sontorian tu..

Ida tag 3 orang kawan Ida, Kak ZameaEdie & Sheda Meor..


Sesiapa yg nak join & kongsikan kisah2 zaman kanak @ remaja anda klik kat banner kat bawah ni..Tarikh tutup 9 Julai 2011..

5 comments:

  1. hik3 ^^ kelakar. nanti sheda join :)

    ReplyDelete
  2. ida..akak dah join..
    kenapa muka longkang mcm usop santorian...
    atau muka usop tu yg mcm longkang..heeehe

    ReplyDelete
  3. hahaha.. patut buat tajuk entri ni kisah si Longkang..

    ada juga nma glamer untk kwn dulu. Tkr nma dia jadi si Gayung!

    kahkahkah

    ReplyDelete
  4. sheda : dah join ke blum?

    kak zam : yg tu xtau la..rse usop tu tiru muke longkang kot..hahaha

    syuwai : pelik2 kan diorg ni tukar nama..

    ReplyDelete
  5. thanks ida join contest ni..good luck!..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...