~SaHaBaT SaYa~

Friday 17 June 2011

Review Filem KL Gangster

Assalamualaikum w.b.t..Selamat hari Jumaat semua..
Semalam encik tunang ajak Ida pergi menonton wayang..Cerita pilihan encik tunang ialah KL Gangster..Cerita yg tengah meletup2 tu..

Cerita mengisahkan tentang Malek yg baru keluar dari penjara & cuba berubah untuk menjadi baik tp terpaksa menempuh banyak dugaan & halangan..Biasa la orang nak berubah jadi baik ni memang banyak halangannya..Sehinggakan adik kandungnya sendiri pun sanggup melawan Malek demi wang..Kisah kumpulan gangster di KL yg masing2 berebut 'kawasan'..

Nak tahu keseluruhan cerita kena tengok sendiri la..Hehe..Tapi pada Ida cerita ni memang best..Banyak aksi..Ida bagi 4 bintang la..Cuma 1 je pesanan Ida kalau bawak anak2 kecik menonton cerita ni kena bagi bimbingan sikit sebab tutur2 bicara dalam cerita kasar sikit & sesuai untuk kanak2..Aksi2 pun jangan tiru kat rumah tanpa bimbingan yg pakar..Senang cerita x payah bagi la kanak2 tengok..Takut terpengaruh..

Last sekali kalau nak tengok wayang tiket kena beli awal2 sebab kalau nak beli on the spot takut full..Kalau niat nak tengok esok hari ni kena pergi beli siap2 ye..Hebat betul sambutan penonton terhadap karya terbaru Syamsul Dato' Yusuf ni..Bagus kepada penonton2 sebab support filem buatan Malaysia..

Terima kasih sudi baca ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...