~SaHaBaT SaYa~

Wednesday, 15 June 2011

Segmen : Aku Seorang Blogger

Assalamualaikum..Segmen lagi..Jom join segmen ni..Syarat2 nak join segmen ni kena senaraikan 5 sebab kenapa jadi blogger..Ok..Di bawah ni Ida senaraikan kenapa Ida jadi blogger..


1. Sebab Ida jenis seorang yg tiada keyakinan diri untuk bercakap..Jadi dengan menulis je la Ida dapat luahkan semua yg ada dalam hati Ida ni & kongsikan dengan semua..

2. Sebab Ida suka berkawan..Dengan adanya blog Ida dapat tambah kawan dari setiap negeri..

3. Sebab terpengaruh dengan kawan seofis Ida..Tiap2 hari tengok dia asyik dengan blog dia je jadi Ida pun belajar sikit2 dari dia..

4. Sebab Ida minat menulis..Sampai sekarang Ida ada banyak diari..Sekarang dah ada blog..Selain dari tempat untuk meluahkan rasa hati, Ida kongsikan dengan semua orang cerita, nasihat & macam2 lagi di blog Ida..

5. Sebab boring..Kalau jadi seorang blogger x boring sebab boleh blog walking & melawat kawan2 baru setiap hari..

Ida tag 3 orang kawan Ida :

Tarikh tutup segmen ni ialah pada 30 Jun 2011..Nak join? Klik banner kat atas atau pun klik di [SINI]

Tuesday, 14 June 2011

Manja Atau Mengada-ngada?

Assalamualaikum w.b.t..
Ida tertarik dengan tajuk perbincangan Wanita Hari Ini di tv3 hari ni..Manja atau mengada-ngada..Dan yg paling best bila prof yg mengada-ngada ada..Sape lg kalau bukan prof Izzi..Renung2 kan & selamat beramal..Hehehe..Sorry prof..Just joke..

Kalau tanya lelaki tentu diorang cakap perempuanlah yg manja atau mengada-ngada tu..Tapi kalau tanya perempuan diorang cakap lelaki sebenarnya yg manja & mengada-ngada tu..

Tapi sebenarnya sifat manja atau mengada-ngada tu bergantung pada diri kita sendiri..Contonhnya penyanyi Ella, ada yg cakap dia manja & ada yg kata dia mengada-ngada..So, terpulang pada diri sendiri..Ada orang suka pasangan dia bersifat manja, ada yg x suka..

Dan jangan x tahu dalam kehidupan berumah tangga kata prof sifat manja yg kadang kala bertukar jadi mengada-ngada ni penting sebenarnya untuk merapatkan & menyegarkan kembali hubungan suami isteri tu..Tapi ingat..Jangan sampai sifat manja & mengada-ngada tu mengeruhkan keadaan..Manja sikit2 dah la untuk tarik perhatian pasangan kita je..

Sifat manja ni sebenarnya berpunca dari keadaan sekeliling..Contohnya, anak bongsu, anak tunggal atau memang dah di manjakan dari kecil lagi..Kadang2 anak sulung pun manja jugak..Semuanya terpulang pada diri kita sendiri..Dengan siapa kita nak manja, macam mana cara kita bermanja..Yang penting jangan sampai orang jengkel tangok sikap manja tu..

Terima kasih sudi baca ^_^

Monday, 13 June 2011

Abah oh Abah

Assalamualaikum..
Akhirnya baru dapat Ida bersama dengan blog kecintaan & kesayangan Ida ni..Banyak sangat benda yg berlaku hari ni..Macam2, sedih ada, nak marah ada..Tapi x pe..Abaikan semua tu..Ida nak cerita pasal abah kesayangan Ida sempena hari bapa ni..

Pagi2 tadi bangun terpisat2 cari abah..Apa x nya..Malam tadi Ida mimpi abah..Abah peluk2, usap kepala macam dulu2..Sebagai anak perempuan sulung Ida memang rapat & manja dengan abah..Segala apa Ida nak mesti dapat..Adik2 cuma dapat sisa mainan Ida punya je..Ida akan dapat yg baru kalau x nak mainan tu dah..Abah beli..Hahaha..Bangga sangat bila adik2 x dapat merasa mainan baru..Baju baru je dapat..Hehehe..

Tapi itu dulu la..Sekarang dah besar2 dah x de dah perangai huduh dengki dengan adik tu..Adik2 pun buat x heran je kalau nak manja dengan abah pun..

Sempena hari bapa x lama lagi Ida nak ucapkan abah, kak long sayang abah..Rindu abah..Terima kasih untuk semuanya..I love u lah..U are the great father for us..

Gambar abah x de..Adehh..X leh nak letak gambar abah..

Terima kasih sudi baca ^_^

Sunday, 12 June 2011

Kacang Lupakan Kulit

Assalamualaikum w.b.t..Selamat berhujung minggu semua..
1st time di pagi hujung minggu tiba2 post entry jiwa kacau..Hehehe..Saja nak tangkap leleh pagi2 ni..Pagi ni selain dari jiwa kacau, semangat untuk berblog walking jugak membuak2..Nampaknya semangat Ida untuk berblog semakin bertambah..


Ok..Sebelum blog walking kena buat warming up dulu..Ida nak membebel pasal kacang lupakan kulit..Manusia lupakan baju lama kot lebih kurang..Ida x tau nak marah ke nak menangis ke nak mengilai berguling2 ke dengan orang macam ni..Dah banyak dah Ida dengar cerita tentang orang macam ni..Kenapa?Mengapa?Why?Semua ini terjadi?

Ida tau mesti kat luar sana yg pernah terkena dengan orang macam ni kan?Semalam ada seorang kawan lelaki Ida bercerita pasal tunang dia yg dah berubah..Cinta beralih arah la kot..Ida malas nak tanya banyak2..Dah kawan tu nak luahkan Ida tadah je la telinga..Diorang ni berkawan & bertunang masa perempuan tu tengah belajar..Family perempuan tu pun x senang mana..Sedang2 je..Adik beradik pun ramai..Jadi kehidupan perempuan tu agak susah sikit la berbanding orang lain..Kawan Ida yg baik hati ni punya la sayang kat dia tolong dia, tanggung dia sampai habis belajar universiti..Pada hal lelaki tu pun x belajar sampai universiti..Setakat SPM je kot..Tapi lelaki tadi sanggup kerja siang malam sebab nak cari duit nak tanggung perempuan tu, nak simpan duit kahwin lagi..

Tup2 bila perempuan tu dah habis belajar & dah dapat kerja nun jauh di Penang dia dah mula berubah dah..Ye la..Dapat kerja besar, dah pakai kereta sendiri..Pada hal ambik lesen pun lelaki tadi tanggung..Lelaki tu cuma kerja biasa2 je kat Perak..Mungkin cinta jarak jauh kot yg merubah hati perempuan tu..

Tapi bagi Ida jarak jauh ke jarak dekat ke yg penting orang berbudi kita kena pandai la berbahasa..Kalau orang tu 10x buat baik pada kita, kita balas la 100x kebaikan..Jangan lukakan hati orang..Sebab kemungkinan esok2 10 orang akan lukakan hati kita balik..Berdosa tau sakitkan hati orang..Jangan la jadi manusia yg x kenang budi..Sungguh pun lelaki tu kerja biasa je tapi hati dia ikhlas tau..Awak agak akan dapat jumpa lagi x lelaki sebaik & seikhlas dia?Renung2 kan la......

*Terima kasih sudi baca ^_^*

Pentingkah Aku?

Pentingkah..
Aku pada dirimu?
Pada hatimu?
Pada jiwamu?
Mungkin, aku tidak
Sepenting dirimu pada diriku..
Pada hatiku..
Pada jiwaku..
Aku impikan..
Akan jadi insan terpenting pada dirimu..
Pada hatimu..
Pada jiwamu..
Namun impian cuma impian..
Tidak akan menjadi kenyataan..

*Terima kasih sudi baca T_T*

Saturday, 11 June 2011

Demam Piala FA 2011-Kelantan vs Terengganu

Assalamualaikum w.b.t..
Sejak semalam Ida rasa ramai penyokong2 Kelantan & Terengganu dah mula berumah tangga di KL ni termasuk la sedara mara & kaum kerabat Ida sendiri yg sanggup datang jauh2 dari Negeri Cik Siti Wan Kembang..Dan hari ni highway & jalan2 menuju ke Bukit Jalil mesti penuh sesak..Semuanya gara2 demam Piala FA 2011..Maka pada malam ini bertemulah 2 pahlawan yg gagah perkasa antara Pahlawan Merah dengan Pasukan Terengganu..Tapi sayangnya malam ni Ida x dapat nak bersama2 dengan penyokong2 Pahlawan Merah (Kelantan) & ahli keluarga Ida untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kami tu sebabnya encik tunang kerja malam..Aduhai..Sabar je la..Nak pergi boleh..Tapi malas nak susahkan abang2 ku datang menjemput tuan puteri kat Rawang ni..
Apa2 pun Ida tetap mendoakan & menonton dari jauh..Hehehe..Kepada penyokong2 yg pergi stadium malam ni ingat..JANGAN gaduh2 ok?Berlawan secara sihat..Itu lebih baik..Sokong dengan penuh semangat pasukan kegemaran masing2 tapi kawan tetap kawan..Menang kalah adat pertandingan..Nama lagi perLAWANan kan..Jangan ada kecoh2 lagi macam tahun2 sudah..Dan yg paling penting JANGAN buang sampah merata2..
Last but not least, GO MORE KLATE GO MORE!! Hehehe..Tersemangat la pulak..Gud luck untuk kedua2 pasukan..

Terima kasih sudi baca ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...