~SaHaBaT SaYa~

Tuesday 8 March 2011

Adab & Percakapan Orang Kita






Assalamualaikum..hye..salam 1 Malaysia..
Mcm mana dgn hari ini?harapnye lebih baik dr semalam..Ida doakan semuanya sihat sejahtera hari ini..bercakap pasal semalam, Ida ada 1 cerita nak berkongsi dengan semua..kisahnya, petang semalam semasa Ida tunggu ofis sorang2 datanglah seorang jejaka yg pd pandangan Ida orgnya masih muda lg..hensem & bergaya seperti seorang yg berkerjaya..muka pun nampak lembut seperti seorang yg mempunyai hati yg baik..opss..Ida bkn nak menggatal ye..lagi pun Ida sedar yg diri ini tunangan org.. :-)
Berbalik kpd lelaki td..dia dengan penuh bergaya melangkah memasuki ofis Ida.."kat sini ada jual topup tak?" amboi..dgn tak bagi salam bagai terus menerjah je dgn suara yg agak kuat..tp Ida layan kan jugak.."ada, nak topup berapa?".."bg saya topup Celcom RM5" sambil lelaki td menghulurkan not RM50 pd Ida.."ada duit kecik tak encik?sy takde duit tukar".."hai!! kedai punya la besar!! duit pun takde??" terpana sekejap Ida bila di jerkah oleh lelaki td..dan dia pun terus merampas duit di tangan Ida & membaling kad topup di depan Ida..serasa Ida la takde pulak Ida meninggikan suara pd beliau td..ckp takde duit tukar pun dgn suara yg control ayu je..emm..sabar je lah..
Kalau semua ni terjadi kat kawan2 semua apa yg kawan2 semua nak buat ye?memang betul piagam pelanggan mana2 company pun 'Customer Is Always Right' kan?tp customer pun kena la bersikap sopan sikit..jgn ikut hati je..Ida pun manusia juga mcm awak2 semua..
Di sini Ida nak menegur sikit lah adab & percakapan anak2 muda kita..Ida pun muda juga..tp Ida di ajar sejak dr kecil lg untuk menghormati org lain tak kira org muda atau org tua..bercakap dengan menggunakan bahasa yg sopan..tak perlu tengking2, tinggi2 suara..kalau tak puas hati ckp elok2, bawa berbincang tak kira dlm masalah apa sekali pun..kita semua manusia..sama sahaja..pangkat & kekayaan tak membezakan kita semua..iman & ketaqwaan kpd Allah yg 1 je yg membezakan kita semua..jadi kpd semua sahabat2 blogger Ida yg Ida percaya semuanya baik2 belaka..renung2 kan lah..bukan nak menghina sesiapa..sekadar nak berkongsi pendapat & rasa dgn sahabat semua..maafkan Ida jika Ida tersalah ckp atau bahasa yg kurang menyenangkan semua..Ida pun cuma Hamba Allah yg hina & naif..
Wassalam..Jaga diri..


2 comments:

  1. Kadang2 apa yang berlaku itu, adalah satu teguran untuk kita bermuhasabah..salam ziarah!

    ReplyDelete
  2. betol tu..sabar adalah kunci kejayaan kan?so sabar je lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...