~SaHaBaT SaYa~

Tuesday 28 June 2011

Duit X Menjamin Kebahagiaan

Assalamualaikum w.b.t..
Waa..wee..Dah lama Ida 'menghilangkan diri' dari dunia blog ni..Hehe..Bukan apa..Kan Ida dah ckp nak pergi 'bercuti' kan..Tapi bukan bercuti betul2..Cuma terlalu busy dengan kerja sampai nak berblog pun terbantut..
Ok..Sebenarnya Ida 1 topik menarik nak dikongsikan dengan semua..Pasal DUIT..
Kalau orang dulu2 cakap DUIT xmenjamin kebahagiaan..Tapi Ida rasa zaman sekarang ni kalau xde DUIT lagi lah x bahagia..Betul x?Sebabnya zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit..Tapi jangan la pulak anak2 dara zaman sekarang guna alasan ni untuk x kahwin atau memilih lelaki yg berduit je..Yg x berduit pun boleh kahwin cuma lambat sikit la nak hidup senangnya..Semuanya memerlukan usaha yg lebih..Yg pentingnya SABAR..
Jadi tepuk dada tanya iman...

Terima kasih sudi baca ^_^

Monday 20 June 2011

Keinginan Hati

Assalamualaikum w.b.t..
Dua tiga hari ni Ida rasa macam mood x berapa nak baik je..Rasa nak menangis pun ada, nak marah pun ada, nak meraung pun ada..Pendek kata semua rasa ada la..Agaknya dalam kepala Ida ni dah tension sangat kot..Kalau la di beri peluang Ida nak cuti sebulan & pergi bercuti, pusing2 1 Malaysia ni..X payah bercuti kat luar negara pun x pe..Janji CUTI..Rasa nak pergi semua pulau2 yg menarik dalam Malaysia ni..Tempat2 sejuk ke..Mana2 la janji tempat yg menenangkan..Tapi itu cuma angan2 di masa lapang Ida je..Tapi x mustahil boleh jadi kenyataan kan?
Yg pentingnya DUIT..Ada duit semua boleh jadi..Insyaallah kalau ada rezeki Ida nak sangat pergi bercuti tempat2 macam tu dengan family Ida..Sekarang kena kerja, kerja & kerja..
Orang tua2 ada berkata, 'ikut hati, mati..ikut rasa, binasa'..

Terima kasih sudi baca ^_^

Durian Runtuh

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat hari isnin semua..Jangan berada dalam monday blues ye..Hari ni banyak sangat mesej2 yg x penting menghujani handfone Ida..Salah 1 nya berbunyi macam ni..

''RM0.Promotion's Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih HADIAH Percuma ''RM 19,000.00'' dari SHELL HELIX No.reg 552299 Sila Call di Talian 017-8949116"

Aduii..Agak2 sape lah yg buat semua ni ye?Yg pentingnya jangan sesekali PERCAYA dengan semua ni..Masa bila Ida pergi isi minyak kat Shell pun x tau la..Setahu Ida lah, Ida ni pelanggan setia Esso & Petronas..& kalau ye pun syarikat tertentu nak bagi hadiah sedebuk ribu riban macam ni bukan macam ni caranya..Kalau la Ida dapat RM19,000.00 tu kaya la Ida..Hehehe..Boleh buat kahwin & macam2 lagi..Rezeki terpijak kata orang..

Terima kasih sudi baca ^_^

Saturday 18 June 2011

Kenangan Zaman Sekolah

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat petang..Tengah x de keje nak buat ni tiba2 di tag pulak oleh seorang KAWAN untuk join contest yg di anjurkan oleh Dr Siti Hamidah..

Masa Ida tingkatan 4, ada seorang budak lelaki yg teramat nakal..Tapi Ida kesian tengok dia sebab dia anak yatim..Ayah dia dah x de, dia tinggal dengan mak & adik perempuan dia je..Hidup diorang sekeluarga susah sangat..Nama dia Ida dah lupa dah tapi kitorang panggil dia dengan nama glamour dia iaitu Longkang..Hahaha..Kenapa panggil nama tu..Ida pun x tahu..Ada la sejarah dia kot..Longkang ni teramat la selekeh..Beg sekolah entah berapa tahun x bertukar, dah koyak rabak sampai dah x de rupa beg..Baju sekolah pun dah jadi warna kuning, seluar pun singkat sampai nampak stokin dengan buku lali..Ida dengan kawan2 1 kelas selalu belanja Longkang makan & minum waktu rehat..Longkang ni seorang yg suka buat lawak & nakal tapi hati dia baik..1 hari, Longkang x siap kerja sekolah Matematik..Cikgu yg ajar Matematik Ida dulu perempuan & garang sangat..Cikgu Zainun..Jadi sebab cikgu tu geram si Longkang ni x siapkan kerja dia cikgu suruh dia berdiri atas meja..Bayangkan Longkang yg tinggi tu kena berdiri atas meja..Dengan selambanya Longkang cakap
''saya pening la cikgu berdiri tempat tinggi2 ni''

''ok la kalau macam tu awak duduk bersila atas meja tu''

Si Longkang ni pun duduk la..Dah nama pun budak nakal..Memang x reti la nak duduk diam2..Nak di jadikan cerita meja yg dia duduk tu bergoyang sebab kaki meja tu x sama..Jadi dia pun goyang la meja tu buat macam goyang kerusi..Tiba2........Berdebuk!! Bunyi macam nangka busuk jatuh..Kitorang semua pandang meja yg Longkang duduk tu & dia x de kat situ..Rupanya dah terjelupuk kat bawah dengan kaki terkangkang ke atas..Apa lagi..Kitorang semua ketawa x ingat sampai nak terburai perut rasanya..Cikgu yg garang tu pun ketawa jugak..Sejarah la hari tu sebab boleh buat cikgu yg garang macam nak makan orang tu ketawa sampai berair mata dia..Lepas tu cikgu suruh salah sorang budak kelas kitorang pergi kantin order air susu segelas untuk Longkang..Kesian orang tu dah la kurus kering macam x cukup zat cikgu kata..Tu la salah 1 kenangan zaman Ida sekolah..Kisah ni Ida ingat sampai sekarang..Balik sekolah kitorang belanja Longkang makan cukup2 sebab kesian..Kalau nak tahu muka si Longkang tu sebijik macam muka kartun Usop Sontorian tu..

Ida tag 3 orang kawan Ida, Kak ZameaEdie & Sheda Meor..


Sesiapa yg nak join & kongsikan kisah2 zaman kanak @ remaja anda klik kat banner kat bawah ni..Tarikh tutup 9 Julai 2011..

Friday 17 June 2011

Review Filem KL Gangster

Assalamualaikum w.b.t..Selamat hari Jumaat semua..
Semalam encik tunang ajak Ida pergi menonton wayang..Cerita pilihan encik tunang ialah KL Gangster..Cerita yg tengah meletup2 tu..

Cerita mengisahkan tentang Malek yg baru keluar dari penjara & cuba berubah untuk menjadi baik tp terpaksa menempuh banyak dugaan & halangan..Biasa la orang nak berubah jadi baik ni memang banyak halangannya..Sehinggakan adik kandungnya sendiri pun sanggup melawan Malek demi wang..Kisah kumpulan gangster di KL yg masing2 berebut 'kawasan'..

Nak tahu keseluruhan cerita kena tengok sendiri la..Hehe..Tapi pada Ida cerita ni memang best..Banyak aksi..Ida bagi 4 bintang la..Cuma 1 je pesanan Ida kalau bawak anak2 kecik menonton cerita ni kena bagi bimbingan sikit sebab tutur2 bicara dalam cerita kasar sikit & sesuai untuk kanak2..Aksi2 pun jangan tiru kat rumah tanpa bimbingan yg pakar..Senang cerita x payah bagi la kanak2 tengok..Takut terpengaruh..

Last sekali kalau nak tengok wayang tiket kena beli awal2 sebab kalau nak beli on the spot takut full..Kalau niat nak tengok esok hari ni kena pergi beli siap2 ye..Hebat betul sambutan penonton terhadap karya terbaru Syamsul Dato' Yusuf ni..Bagus kepada penonton2 sebab support filem buatan Malaysia..

Terima kasih sudi baca ^_^

Wednesday 15 June 2011

Segmen : Tabiat Saya Yang Paling Pelik..


Assalamualaikum..Segmen lagi..Hehehe..Jom2 join..Jangan Lepaskan peluang yg di berikan oleh Lulu Caldina ni..Tarikh tutup segmen ni pada 18 Jun 2011..Nak join klik banner kat atas..

Tabiat Ida yang Ida rasa paling pelik ialah bila makan nasi x boleh lauk habis dulu..Kalau lauk habis dulu jawabnya nasi tu Ida x habis la..Kalau nasi habis dulu x pe..Tabiat ni Ida rasa memang dari kecik lagi..Sebab tu kalau orang x tau dia akan cakap Ida makan mewah sebab ambik lauk banyak..Pada hal Ida ambik nasi sikit je sebab takut lauk habis dulu dari nasi..Sila jangan tiru tabiat Ida ni ye..

Segmen : Aku Seorang Blogger

Assalamualaikum..Segmen lagi..Jom join segmen ni..Syarat2 nak join segmen ni kena senaraikan 5 sebab kenapa jadi blogger..Ok..Di bawah ni Ida senaraikan kenapa Ida jadi blogger..


1. Sebab Ida jenis seorang yg tiada keyakinan diri untuk bercakap..Jadi dengan menulis je la Ida dapat luahkan semua yg ada dalam hati Ida ni & kongsikan dengan semua..

2. Sebab Ida suka berkawan..Dengan adanya blog Ida dapat tambah kawan dari setiap negeri..

3. Sebab terpengaruh dengan kawan seofis Ida..Tiap2 hari tengok dia asyik dengan blog dia je jadi Ida pun belajar sikit2 dari dia..

4. Sebab Ida minat menulis..Sampai sekarang Ida ada banyak diari..Sekarang dah ada blog..Selain dari tempat untuk meluahkan rasa hati, Ida kongsikan dengan semua orang cerita, nasihat & macam2 lagi di blog Ida..

5. Sebab boring..Kalau jadi seorang blogger x boring sebab boleh blog walking & melawat kawan2 baru setiap hari..

Ida tag 3 orang kawan Ida :

Tarikh tutup segmen ni ialah pada 30 Jun 2011..Nak join? Klik banner kat atas atau pun klik di [SINI]

Tuesday 14 June 2011

Manja Atau Mengada-ngada?

Assalamualaikum w.b.t..
Ida tertarik dengan tajuk perbincangan Wanita Hari Ini di tv3 hari ni..Manja atau mengada-ngada..Dan yg paling best bila prof yg mengada-ngada ada..Sape lg kalau bukan prof Izzi..Renung2 kan & selamat beramal..Hehehe..Sorry prof..Just joke..

Kalau tanya lelaki tentu diorang cakap perempuanlah yg manja atau mengada-ngada tu..Tapi kalau tanya perempuan diorang cakap lelaki sebenarnya yg manja & mengada-ngada tu..

Tapi sebenarnya sifat manja atau mengada-ngada tu bergantung pada diri kita sendiri..Contonhnya penyanyi Ella, ada yg cakap dia manja & ada yg kata dia mengada-ngada..So, terpulang pada diri sendiri..Ada orang suka pasangan dia bersifat manja, ada yg x suka..

Dan jangan x tahu dalam kehidupan berumah tangga kata prof sifat manja yg kadang kala bertukar jadi mengada-ngada ni penting sebenarnya untuk merapatkan & menyegarkan kembali hubungan suami isteri tu..Tapi ingat..Jangan sampai sifat manja & mengada-ngada tu mengeruhkan keadaan..Manja sikit2 dah la untuk tarik perhatian pasangan kita je..

Sifat manja ni sebenarnya berpunca dari keadaan sekeliling..Contohnya, anak bongsu, anak tunggal atau memang dah di manjakan dari kecil lagi..Kadang2 anak sulung pun manja jugak..Semuanya terpulang pada diri kita sendiri..Dengan siapa kita nak manja, macam mana cara kita bermanja..Yang penting jangan sampai orang jengkel tangok sikap manja tu..

Terima kasih sudi baca ^_^

Monday 13 June 2011

Abah oh Abah

Assalamualaikum..
Akhirnya baru dapat Ida bersama dengan blog kecintaan & kesayangan Ida ni..Banyak sangat benda yg berlaku hari ni..Macam2, sedih ada, nak marah ada..Tapi x pe..Abaikan semua tu..Ida nak cerita pasal abah kesayangan Ida sempena hari bapa ni..

Pagi2 tadi bangun terpisat2 cari abah..Apa x nya..Malam tadi Ida mimpi abah..Abah peluk2, usap kepala macam dulu2..Sebagai anak perempuan sulung Ida memang rapat & manja dengan abah..Segala apa Ida nak mesti dapat..Adik2 cuma dapat sisa mainan Ida punya je..Ida akan dapat yg baru kalau x nak mainan tu dah..Abah beli..Hahaha..Bangga sangat bila adik2 x dapat merasa mainan baru..Baju baru je dapat..Hehehe..

Tapi itu dulu la..Sekarang dah besar2 dah x de dah perangai huduh dengki dengan adik tu..Adik2 pun buat x heran je kalau nak manja dengan abah pun..

Sempena hari bapa x lama lagi Ida nak ucapkan abah, kak long sayang abah..Rindu abah..Terima kasih untuk semuanya..I love u lah..U are the great father for us..

Gambar abah x de..Adehh..X leh nak letak gambar abah..

Terima kasih sudi baca ^_^

Sunday 12 June 2011

Kacang Lupakan Kulit

Assalamualaikum w.b.t..Selamat berhujung minggu semua..
1st time di pagi hujung minggu tiba2 post entry jiwa kacau..Hehehe..Saja nak tangkap leleh pagi2 ni..Pagi ni selain dari jiwa kacau, semangat untuk berblog walking jugak membuak2..Nampaknya semangat Ida untuk berblog semakin bertambah..


Ok..Sebelum blog walking kena buat warming up dulu..Ida nak membebel pasal kacang lupakan kulit..Manusia lupakan baju lama kot lebih kurang..Ida x tau nak marah ke nak menangis ke nak mengilai berguling2 ke dengan orang macam ni..Dah banyak dah Ida dengar cerita tentang orang macam ni..Kenapa?Mengapa?Why?Semua ini terjadi?

Ida tau mesti kat luar sana yg pernah terkena dengan orang macam ni kan?Semalam ada seorang kawan lelaki Ida bercerita pasal tunang dia yg dah berubah..Cinta beralih arah la kot..Ida malas nak tanya banyak2..Dah kawan tu nak luahkan Ida tadah je la telinga..Diorang ni berkawan & bertunang masa perempuan tu tengah belajar..Family perempuan tu pun x senang mana..Sedang2 je..Adik beradik pun ramai..Jadi kehidupan perempuan tu agak susah sikit la berbanding orang lain..Kawan Ida yg baik hati ni punya la sayang kat dia tolong dia, tanggung dia sampai habis belajar universiti..Pada hal lelaki tu pun x belajar sampai universiti..Setakat SPM je kot..Tapi lelaki tadi sanggup kerja siang malam sebab nak cari duit nak tanggung perempuan tu, nak simpan duit kahwin lagi..

Tup2 bila perempuan tu dah habis belajar & dah dapat kerja nun jauh di Penang dia dah mula berubah dah..Ye la..Dapat kerja besar, dah pakai kereta sendiri..Pada hal ambik lesen pun lelaki tadi tanggung..Lelaki tu cuma kerja biasa2 je kat Perak..Mungkin cinta jarak jauh kot yg merubah hati perempuan tu..

Tapi bagi Ida jarak jauh ke jarak dekat ke yg penting orang berbudi kita kena pandai la berbahasa..Kalau orang tu 10x buat baik pada kita, kita balas la 100x kebaikan..Jangan lukakan hati orang..Sebab kemungkinan esok2 10 orang akan lukakan hati kita balik..Berdosa tau sakitkan hati orang..Jangan la jadi manusia yg x kenang budi..Sungguh pun lelaki tu kerja biasa je tapi hati dia ikhlas tau..Awak agak akan dapat jumpa lagi x lelaki sebaik & seikhlas dia?Renung2 kan la......

*Terima kasih sudi baca ^_^*

Pentingkah Aku?

Pentingkah..
Aku pada dirimu?
Pada hatimu?
Pada jiwamu?
Mungkin, aku tidak
Sepenting dirimu pada diriku..
Pada hatiku..
Pada jiwaku..
Aku impikan..
Akan jadi insan terpenting pada dirimu..
Pada hatimu..
Pada jiwamu..
Namun impian cuma impian..
Tidak akan menjadi kenyataan..

*Terima kasih sudi baca T_T*

Saturday 11 June 2011

Demam Piala FA 2011-Kelantan vs Terengganu

Assalamualaikum w.b.t..
Sejak semalam Ida rasa ramai penyokong2 Kelantan & Terengganu dah mula berumah tangga di KL ni termasuk la sedara mara & kaum kerabat Ida sendiri yg sanggup datang jauh2 dari Negeri Cik Siti Wan Kembang..Dan hari ni highway & jalan2 menuju ke Bukit Jalil mesti penuh sesak..Semuanya gara2 demam Piala FA 2011..Maka pada malam ini bertemulah 2 pahlawan yg gagah perkasa antara Pahlawan Merah dengan Pasukan Terengganu..Tapi sayangnya malam ni Ida x dapat nak bersama2 dengan penyokong2 Pahlawan Merah (Kelantan) & ahli keluarga Ida untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kami tu sebabnya encik tunang kerja malam..Aduhai..Sabar je la..Nak pergi boleh..Tapi malas nak susahkan abang2 ku datang menjemput tuan puteri kat Rawang ni..
Apa2 pun Ida tetap mendoakan & menonton dari jauh..Hehehe..Kepada penyokong2 yg pergi stadium malam ni ingat..JANGAN gaduh2 ok?Berlawan secara sihat..Itu lebih baik..Sokong dengan penuh semangat pasukan kegemaran masing2 tapi kawan tetap kawan..Menang kalah adat pertandingan..Nama lagi perLAWANan kan..Jangan ada kecoh2 lagi macam tahun2 sudah..Dan yg paling penting JANGAN buang sampah merata2..
Last but not least, GO MORE KLATE GO MORE!! Hehehe..Tersemangat la pulak..Gud luck untuk kedua2 pasukan..

Terima kasih sudi baca ^_^

Ben Ashaari : Jom Kenal Blog Saya

Santai Bersama BEN ASHAARI

Assalamualaikum..
Terima kasih kepada semua yg sudi singgah di blog Ida ni..Terima kasih jugak kepada kawan2 bloggers yg letak blog Ida dalam bloglist mereka..Ida amat2 menghargainya..Apa yg menariknya blog Ida ni?Ok..Dalam blog ni ada macam2 cerita, nasihat, tips, teguran & sebagainya lah..Nak tau lebih lanjut kena singgah, lepak lama2 kat blog pink kesayangan Ida ni ye..Ida akan balas setiap kunjungan sahabat2 bloggers yg lain dengan kadar segera..Tapi kena tinggal link la..Ida selalunya update entry paling kurang pun 1 entry sehari..Kalau x kurang 3 atau 4 entry la..
Kepada kawan2 yg nak join segmen ni klik gambar abg ben yg hensem kat atas tu..Tutup pukul 10 malam ni..Cepat sebelum terlambat..

Terima kasih sudi baca ^_^

Friday 10 June 2011

Kisah Lesung Batu

Assalamualaikum..
Kisahnya pagi semalam dengan bersemangatnya Ida keluar rumah dengan niat nak pergi pasaraya beli lesung batu sebab kat rumah x de lesung batu..Duit pun bawak ngam2 je dengan harapan yg benda alah tu murah je..Dalam lingkungan RM10 ke bawah kot..

Semalam Ida cuti & encik tunang pun keje malam..Maka merayap lah kami berdua ke pasaraya berdekatan mencari lesung batu..Ok, dah jumpa..Erk..OMG..Betul ke harga dia RM22.++??Macam x percaya je?X jadi beli kat situ..Encik tunang kata beli kat kedai barang2 dapur la kot murah sikit..

Sampai kedai barang dapur tengok harga lebih kurang je..Adehh..Memang mahal kot benda alah ni..Call mak kat kg untuk pengesahan..Ye..Memang benda tu mahal kata mak..Emm..Nak x nak beli jugak lah..Tapi x beli lah yg harga RM22.++ tu..Cari punya cari dapat lah yg kecik je..Muat la bawang merah 2 ulas kot dengan harga RM15..Jadi la Ida dari umah ko x de lesung batu langsung..Hehehe..

Terima kasih sudi baca ^_^

Pemandu Yg Budiman

Assalamualaikum..Selamat hari Jumaat semua..
Sehari, dua tiga hari ni Ida tengok tempat parking kereta kat umah Ida tu selalunya penuh..Sampai tempat yg Ida selalu parking tu pun di caras orang jugak..Jadi terpaksa la Ida parking jauh sikit dari blok Ida tu..Maklum la duk umah apartment murah kena la berebut parking..

Semalam pun sama..Parking tetap penuh..Dalam hati tertanya2 ramai beno ke orang yg duk kat sini pakai kereta?Sakit hati pun ada..

Tengah syok2 Ida duk termenung dalam kereta sambil ambik semangat sebelum menapak ke blok Ida pastu panjat anak tangga menuju ke tingkat 5 tiba2 ada orang ketuk tingkap kereta..Terkejut badak Ida..Rupanya ada sorang pakcik yg kenal Ida duk tingkat 5 cakap "Dik kat sana ada 1 lagi parking kosong, pergi la parking kat sana"..Waa..Baiknya hati pakcik tu..Terima kasih pakcik..Dapat jugak Ida parking dekat2 umah..Hehehe..

Moral of the story is kalau rabun tu rabun lah jugak..Sampai x nampak ada parking kosong lagi rupanya..Sungguh memalukan..


Terima kasih sudi baca ^_^

Wednesday 8 June 2011

Kenapa Jadi Macam Ni?

Assalamualaikum..
Aduh la..Kenapa ni??Hehehe..Bukan sakit apa pun..Cuma dalam kepala x de idea langsung..Kosong, blurr, x de apa2..Sampaikan nak update entry pun x tau nak tulis apa..Tengok tv idea x datang..Tengok berita, tengok surat khabar semua blurr..X de idea langsung..Adehh..Parah macam ni..Campur dengan malas lagi..Lagilah rasa lemau semacam je..Kemon2 Ida..Wakeup2!!
Korang ada cadangan x apa nak buat kalau jadi macam ni?Susah betul..Kalau time idea datang bagai mencurah2 ke ladang gandum pulak..Sehari pun boleh update sampai 6 entry..Kalau time x de idea macam ni la jadinya..Tolonggggg lah..

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..Selamat hari rabu semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...