~SaHaBaT SaYa~

Tuesday 31 May 2011

Nora Elena


Assalamualaikum..
Kenapa Ida nak review cerita yg tengah hebat meletup di tv3 sekarang ni?Sebab Ida tengah tengok cerita tu..Setiap hari Isnin sampai Khamis pukul 7 malam mesti Ida akan ternganga depan tv tengok cerita Nora Elena..Jalan cerita memang best..Adaptasi dari novel Kasih Yang Suci..Berkisahkan tentang sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena di nodai..Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah..Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa..Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini..Tiba2 muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya..Nora Elena keliru..


Ok..Sampai situ je boleh cerita sebab Ida dah baca dah novel ni..Tunggu sampai cerita tu habis kalau nak tahu cerita seterusnya..Cuma ada 1 je yg Ida nak tegur pasal cerita ni..Tentang pakaian Nora Elena..Orangnya manis, lembut & rajin beribadat kepada Allah s.w.t..Tapi kenapa masih pakai pakaian yg menjolok mata?Selalu sangat Ida tengok watak pergi pejabat & pergi shopping atau keluar jalan2 jumpa kawan pakai skirt pendek atas paha..Sebelah malam pakai telekung untuk solat..Sebelah siang pakai skirt pendek..Macam x kena je..Pada pendapat Ida kalau watak Nora Elena tu x nak pakai tudung sekali pun pakai lah baju kurung atau seluar & skirt yg panjang sampai kaki..Eloklah sikit orang tengok dengan watak Nora Elena yg rajin solat tu..Sopan sikit..
So lepas ni pengarah kena lebih peka tentang pakaian, jangan main tibai je..Pelakon cuma ikut je..Kalau cerita tu berkonsepkan Islamic Romantik pakaian untuk watak heroin eloklah di ambil berat..Takut nanti cerita hebat tapi penonton x puas hati..Macam contoh cerita Nur Kasih..Pakaian pelakon & jalan cerita sama padan..
Ini cuma pendapat Ida..Apa2 pun cerita ni memang best..Ida suka..

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

banner mid-year GA

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni Ida mood nak menulis belum mari lagi dalam kepala Ida ni..Jadi sementara nak tunggu idea mari apa kata kita ramai2 join GA dari Nisa Menaip ni..Hadiah pun hebat dan di taja oleh sponsor yang hebat2 belaka..Tunggu apa lagi?Jom lah join..
Kalau nak join boleh klik kat banner atau klik kat [SINI
(^_^)

Penaja hadiah yang hebat2 ialah :


Monday 30 May 2011

Selamat Pengantin Baru Salleh Yaakob & Samihah Sheikh Ali

Assalamualaikum..
Rasanya belum terlambat lagi untuk Ida ucapkan selamat pengantin baru kepada pengacara radio Sinar FM iaitu Salleh Yaakob & isteri Samihah Sheikh Ali..Di bawah ni ada beberapa keping gambar pernikahan mereka..

image

image

image

image

Untuk melihat gambar penuh sekitar majlis pernikahan beliau klik di [SINI]

Rinduu..


Assalamualaikum w.b.t..
Hye semua..Salam 1 Malaysia..
Ida kembali lagi..
Waa..Rindunya kat blog pink kesayangan Ida ni..Lama dah x mencorat coret di sini..
Sebenarnya Ida bercuti seminggu..Balik kampung halaman..Hehehe..
Tu yg x update apa2 tu..
Syok sangat duk kat kampung sampai lupa semua di sini..
Hehehe..Maafkan Ida ye semua..
Tapi puas hati sebab dapat jumpa my lovely mum & adik2..
Sepupu sepapat, makcik pakcik semua & my lovely opah..
Ekceli Ida balik sebab sepupu Ida kawen..
Gambar2 sekitar majlis akan di upload kemudian..
Sekarang x sempat..Hehehe..
Apa2 pun dapat jugak lepaskan rindu kat sini..
Rindu & sayang korang semua..
Muahx!!

Monday 23 May 2011

Miss Nadya Buat Giveaway Kali Pertama


Assalamualaikum..
GA lagi..Hehehe..Ida memang rajin nak join GA orang ni..Harap2 bertuahlah lagi..
GA ni sempena birthday Miss Nadya ni x lama lagi..Nak join GA ni pun kena cerita pasal birthday kita tau..Hadiahnya pun boleh tahan..Sape nak join mcm biasa klik je kat gambar Miss Nadya yg cantik manis tu..Nak klik kat [SINI] pun boleh..Ikut suka hatilah.. ^__^
Tarikh tutup penyertaan 24 MAY 2011..

Ibu Ida melahirkan Ida pada tarikh 14 OGOS dalam tahun 1985..Jadi sejak umur Ida 1 tahun lagi memang Ibu & family akan celebrate birthday anggota keluarga kami..Memang setiap tahun akan celebrate..Tapi bukan celebrate kat hotel 5 bintang ke restoran mewah ke..Cuma celebrate kat rumah dengan ahli keluarga je..Ida x mintak pun tapi dah orang nak celebrate kita terima je lah dengan tangan yg terbuka..Kebanyakannya cerita yg gembira lah kalau pasal birthday ni..Cerita sedih emm..Ada..Tapi ini cerita lamalah..6 tahun yg lepas..Ida ada seorang boyfriend..Waktu tu baru tahun yg pertama lah kami berkenalan..Jadi pada hari lahir Ida si dia lupa yg hari tu birthday Ida..Tapi Ida x kisah pun sebab memang dah bajet x nak buat suami..X kisah lah dia ingat ke x..Ida ingat dia ingat hari tu birthday Ida sebab dia ajak Ida pergi dating..Rupanya x ingat..Dah jenuh dah kawan2 wish birthday kat hp (waktu tu x de fb lagi)..Sampailah dia hantar Ida balik rumah..Sampai depan rumah dia pun tanya kenapa ramai sangat orang mesej Ida hari ni sampai x berrenti bunyi hp..Ida pun jawab dengan selamba sebab hari ni birthday saya..Tercengang2 lah 'orang' tu sebab Ida jawab dengan selamba je..Nak dijadikan cerita malam tu jugak dia datang rumah hantar hadiah..Ambik kau..X pernah2 boyfriend datang rumah malam2 hari tu ada pulak boyfriend datang..So dapat lah seekor teddy bear yg kiut miut..Jenuhlah dia hantar sms say sorry banyak2 kali..Ida cool je..Dia je yg menggelabah..Itu dulu punya cerita lah..Sekarang dia pun x tahu dah pergi mana..Teddy bear tu pun x tahu dah duduk mana..Ida pun dah bertunang dengan orang lain..Hehehe..Tapi Alhamdulillah nasib baik encik tunang ingat birthday Ida..Tiap2 tahun dapat hadiah & makan free.. ^__^

Itu je kisah Ida..Ida tag 2 orang kawan Ida..

Contest Blog Paling Comel

Photobucket

Assalamualaikum..
Di petang hari Isnin ni sambil2 x de kerja ni Ida nak join lah 1 contest ni..
Walaupun blog Ida ni x berapa comel tapi nak join jgk..
X kira!!
Contest ni ditaja oleh Farina Afza..
Sape nak join sila klik banner diatas atau kalau malas klik kat [SINI]
Tarikh tutup contest ni pada 1 JUN 2011..
Jom join contest blog paling comel ni ramai2.. ^__^
Selamat mencuba & selamat berjaya..

Tips Musim Panas


Assalamualaikum w.b.t..Selamat petang & salam 1 Malaysia..
Sekarang ni Ida asyik sakit kepala je..Badan pun lenguh2 je..Kalau ada orang tolong picitkan sedap nih..Hehehe..Maklumlah sekarang ni kan cuaca x menentu..Kejap panas kejap hujan..Di sini Ida ada sedikit tips untuk musim panas ni..
Mengikut info yg Ida baca golongan yg berusia 40 tahun keatas berisiko 10 kali ganda untuk mendapat penyakit darah tinggi, sakit jantung, sakit sendi atau sakit kepala yg melampau dalam musim panas ni..Jadi untuk mengelakkan dari mendapat risiko2 diatas senang je..Minum air putih atau air masak banyak2 tanpa mengira berapa banyak aktiviti yg kita lakukan yakni minum je sebanyak yg mungkin..Jangan sampai kembung pecah perut dah la ye..Hehehe..
Itu je sedikit info yg Ida dapat..Nanti kalau dapat lagi Ida buat entry lagi ye..


p/s : Minum air putih jgk boleh mengekalkan awet muda tau..

Sunday 22 May 2011

Duit

A$$alamualaikum..$elamat berhujung minggu $emua..


Haa..Nampak x??Simbol apa tu??
Kalau tanya simbol ni kat budak2 yg umur 4,5 tahun pun diorang tahu..
DUIT..
DUIT..
DUIT..
Dunia sekarang semuanya memerlukan duit..Kalau x de duit manusia boleh jadi gila kot..Nak keluar rumah langkah je kaki dalam kepala dah nampak duit..Ye lah..Kalau yg pakai kereta nak isi minyak kereta, bayar tol..Kalau yg naik motor pun sama..Nak isi minyak motor..Kalau yg jalan kaki pulak nak beli air, dahaga..Yg naik bas nak bayar tambang bas..Pendek kata kalau xde duit manusia boleh mati..Betul x??
Orang gila pun pandai demand tau sekarang ni..Jangan x tau..Org gila ni duit banyak tapi pandai semua nak org yg belanjakan..Kalau x percaya baca kat [SINI]
Dah la zaman sekarang ni barang semua mahal..Dari sekecik2 barang sampai sebesar2 barang semuanya mahal..
Kalau org yg kerja gaji 5000 pun boleh terasa dgn kenaikan harga barang zaman sekarang ni apatah lagi dgn org yg kerjanya gaji bawah 1000..Kesian kat org2 yg memang x mampu nak tanggung diri & keluarga dari dulu lagi tu..Kalau dulu x mampu sekarang mcm mana?Lagilah x mampu..
Hai..Pening kepala bila cakap pasal duit ni..
Sebenarnya pening sebab nak balik kampung hujung minggu depan tapi x de duit..Mcm mana ni???
Tu yg terbuat entry pasal duit ni..
Dah lama tau x jumpa mak kita..Miss my mum so much..Sobs2.. T_T
Uwaaaa!!! Bak kata Nabil boleh jadi JK tau mcm ni..

* JK = Jiwa Kacau..

Saturday 21 May 2011

Hadiah Dari Qirmumtaz


Assalamualaikum..
Tadaaa..
Ida nak share dgn kawan2 semua..
Ini ialah hadiah atau GA dari Qirmumtaz yg Ida dapat minggu lepas..
Apa yg menarik tentang sticker ni?Sebab dia warna pink lah..Kan cantik tu..
Ida antara yg bertuah dapat sticker ni..Jadi Ida nak promote lah blog Qirmumtaz ni..
Blog ni dimiliki oleh seorang guru di sebuah sekolah agama..Seorang ibu muda kepada seorang cahaya mata..Seorang isteri kepada Encik Sallehudin Yusuf..
Apa yg menarik tentang blog Qirmumtaz ni ialah kawan2 semua boleh shopping baju2, tudung & jubah muslimah yg terkini kat sana..Blog yg simple tapi menarik..Banyak info2 tentang dunia I.T..Kepada blogger baru yg nak belajar buat blog pun boleh ke blog Qirmumtaz jugak sbb kat sana pun byk tutorial untuk buat blog..
Jadi tunggu apa lagi..Jom ramai2 kita cuci mata di blog Qirmumtaz ni..

p/s : Ida suka masuk blog ni tgk baju2 terkini..Cantik2 tau..

Yang Mane 1 Nak Pilih Ni

penulis senja

Assalamualaikum w.b.t..Salam 1 Malaysia..
Malam2 minggu ni x de kerja nak buat Ida tergeraklah hati nak join segmen dari Penulis Senja ni..
Kawan2 yg lain kalau nak join klik je banner penulis senja kat atas tu ye..

Pompuan kaya atau pompuan miskin 

Kalau Ida jadi lelaki Ida mestilah pilih pompuan yg kaya sbb dah tentu2 lah pompuan tu ada duit byk kan..Tapi masalahnya kalau nak kahwin nanti mesti hantaran dia mahal mengalahkan anak raja betul x?So, kalau Ida ni lelaki yg berkemampuan Ida pilih pompuan miskin je lah..Sbb pompuan miskin kan dia dah biasa hidup susah..Jadi mestilah dia sentiasa bersederhana dalam segala hal..Dan yg paling penting sekali dah tentu2 lah pompuan tu pandai memasak..

Lelaki kaya atau lelaki miskin

Dah tentu2 lah Ida pilih lelaki kaya sbb banyak duit..Mmg lah ramai yg cakap duit x menjamin kebahagiaan..Tapi memandangkan zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit Ida rasa ada baiknya kita tukar falsafah tu..Zaman sekarang melangkah keluar dari rumah pun kena guna duit..Kalau pilih lelaki miskin kang buat tambah dosa pulak sbb hari2 duk merungut sbb duit x ckp..Takut jadi derhaka sbb hari2 duk bergaduh melawan suami..So baik kita pilih yg kaya..Tapi yg kaya ni takut cpt berubah hati lah..Ermm..

Lelaki pintar atau kaya

Ida rasa Ida pilih lelaki pintar..Sbb kalau kita x tahu atau x faham apa2 kita boleh tanya dia..Tapi harapnya dia pintar dari semua segi lah..Lebih2 lagi dari segi agama..Senang sikit..

Pompuan pintar atau kaya

Kalau Ida jadi lelaki Ida pilih pompuan kaya..Sbb kalau pilih pompuan pintar nanti dia pulak yg nak jadi ketua bukan suami dia..Ye lah..Pintar kan..Mestilah nak dia je semua betul..Suami x boleh nak tegur..Betul x??

Friday 20 May 2011

Mati Kutu


Assalamualaikum w.b.t..
Ini bukan entry pasal kutu atas kepala yg mati atau kutu kat binatang k?Ini ialah entry pasal Ida hilang keupayaan untuk buat kerja atau dgn kata lain x de mood..Kenapa??
Ini sebabnya..Tadi nak pergi kerja gatal suruh encik tunang yg hantarkan..Alih2 bila dah msk dalam ofis cek2 beg..
ALAMAKKK!!


Handphone tertinggal dalam kereta..Emm..Mcm mana nak mesej2 ni??Aduhh..Terus jadi mati kutu..Buat kerja pun x tentu hala..Serba x kena jadinya..Duduk salah..Berdiri salah..Mcm hilang anak pulak rasanya..Hehehe..
Suruh encik tunang patah balik hantar malas katanya..Senang je dia menjawab..Kita dah mcm orang sasau dah x de handphone..
Mcm tu lah ceritanya kawan2..
So, moral of the story ialah jangan cuai..Hahaha..
Mcm tu lah pentingnya gadget utk org zaman sekarang ni..Mengalahkan hilang anak..

Sepatu Merah 1st GA


Assalamualaikum..Haa..Ada GA lagi..Dah lama x join GA..Kali ni Ida nak join lah..Mana lah tahu ada rezeki dapat plushie yg kat dalam banner tu ke..
Apa lagi..Jom lah join ramai2..
Klik banner untuk join atau klik di [SINI]
Selamat Mencuba ^_^

Menjatuhkan Maruah Suami

Assalamualaikum..Selamat hari Jumaat semua..

Kisahnya bermula di pagi hari tentang sepasang suami isteri merangkap jiran tetangga Ida..Maklumlah Ida tinggal kat rumah apartment yg taraf rumah flat..Jadi boleh dengar apa saje yg berbunyi di sekeliling rumah Ida..Nak2 pulak kalau time pagi2 time sunyi2 lepas budak2 pegi sekolah..
Tiap2 hari Ida dgr suara budak menangis..X tahu lah umur berapa tapi agak2 dalam 3,4 tahun kot..Pastu dengar suara mak budak bising2, marah2, terpekik terlolong..Kalau sekali sekala x pe..Boleh lah faham kot mak budak tu penat ke apa..Masalahnya tiap2 hari..
Tapi pagi tadi Ida rasa kemuncak pada segala kemarahan mak budak tu kot..Sampai dengar segala butir makiannya terhadap sang suami..
'Ee..Bodoh betul lah org tua ni..Dah tua pun bangang..Bukan reti nak tolong jaga anak ke tolong masak ke..Asyik tido je..'
Itu antara dialog2 yg Ida dengar lah..Yg selalu duk dengar bising2 tu x tahu lah apa yg di maki oleh si isteri..Tahulah awak tu penat..Org lain pun ramai lagi yg ada anak..Lebih dari 1 lagi..Kalau nak bising pun jangan lah sampai jiran sebelah menyebelah dgr sebijik2..Sungguh memalukan bila dengar kaum perempuan maki2 suami mcm tu..Sebelum maki tu fikir dulu pasal maruah suami..Orang lain pun bergaduh jgk..Tapi bak kata org2 tua hal rumah tangga biarlah jadi rahsia suami & isteri je..Bergaduh dlm kelambu sudah lah..Malas ke rajin ke dia tetap suami awak cik kak..Jaga lah air muka dia sama..Dah lah hari Jumaat..Agaknya semalam x dapat 'habuan' kot..Oppsss..Terlepas sudah..Geram punya pasal!!

mood : X suka dgn perempuan tu..

Wednesday 18 May 2011

Heran, Pening, Migrain

Assalamualaikum..
Haa..Tu dia..Ternganga mulut2..Hadoii..Heran betol lah..Kenapa ye??
Korang semua perasan x hari ni sejak dari tgh hari td sampai sekarang korang punya FOLLOWERS x de??
Bukan kita punya FOLLOWER sorang je yg x de..
Semua x de..Mana lah dia menghilang agaknya ye?
Aduyai..Susah betol lah..
Nak blog walking sambil follow2 pun payah..
Kacau betol laa..
Haishh!!
Geram betol..
Kan dah rugi followers untuk hari ni..
Tanpa FOLLOWERS siapalah blog kita semua..
mood : Sediiihhhhh.. T_T

Aku Ingin Berubah

Assalamualaikum w.b.t..Selamat petang semua..


Rasanya dah lama Ida x join contest2 ni..Jadi sedang Ida berblog walking td terpandang 1 contest yg sedang berlangsung hingga 30 Mei 2011..Contest ini dianjurkan oleh Laman Muslimah Optimis..Sape yg nak join just klik banner kat atas tu je..

Tajuk contest ni Aku Ingin Berubah..Syarat2 penyertaan semua ada tertulis kat banner tu..Kalau x nampak klik kat banner ye..

Ida seorang gadis biasa yg simple..Semua simple..Dari diri Ida, hidup Ida hingga penulisan Ida semuanya simple..Kerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta..Apa yg Ida ingin berubah?
Ida ingin berubah dari seorang gadis biasa yg tiada apa2 kepada seorang gadis yg hebat & ada semua yg di impikan..Hebat dr segi duniawi & akhirat..Jika sebelum ni Ida solat pun x cukup 5 waktu, kalau boleh lepas ni Ida nak berubah solat biar cukup 5 waktu..Kalau sebelum ni Ida kurang mengaji kalau boleh lepas ni Ida nak mengaji setiap malam..Jika sebelum ni mata & perlakuan Ida byk ke arah benda2 x elok lepas ni Ida nak berubah ke arah kebaikan..Jika sebelum ini Ida seorang yg malas, Ida harap lepas ni Ida boleh jadi seorang yg rajin dalam kerja & semuanya..


Jadi..Marilah kita semua berubah..Join lah contest Aku Ingin Berubah..Selamat Mencuba..


Ida tag 3 org kawan Ida :

Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia..
Ida rasa semua org tau 16 Mei hari apa kan?Jadi sempena dgn hari guru ni Ida nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua cikgu cikgi di Malaysia yg sabar & tabah mendidik anak2 bangsa tanpa jemu..
X lupa jgk kepada cikgu cikgi yg pernah mengajar Ida dulu iaitu Cikgu Lokman, Pn Teh Zaiton, Cikgu Jamilah & ramai lg..Lupa dah nama..Tapi kalau jumpa tepi jalan masih cam lagi sbb wajah2 diorang masih segar di ingatan..
Kepada lecturer Ida En Nizam, En Hazry, Cik Ainah, Pn Shuhaida, Cik Sophea & Pn Aini..Terima kasih jgk kepada kalian kerana sabar dgn karenah kami semua.. ^_^
Ida syg semua cikgu cikgi & lecturer Ida..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...