~SaHaBaT SaYa~

Tuesday 28 June 2011

Duit X Menjamin Kebahagiaan

Assalamualaikum w.b.t..
Waa..wee..Dah lama Ida 'menghilangkan diri' dari dunia blog ni..Hehe..Bukan apa..Kan Ida dah ckp nak pergi 'bercuti' kan..Tapi bukan bercuti betul2..Cuma terlalu busy dengan kerja sampai nak berblog pun terbantut..
Ok..Sebenarnya Ida 1 topik menarik nak dikongsikan dengan semua..Pasal DUIT..
Kalau orang dulu2 cakap DUIT xmenjamin kebahagiaan..Tapi Ida rasa zaman sekarang ni kalau xde DUIT lagi lah x bahagia..Betul x?Sebabnya zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit..Tapi jangan la pulak anak2 dara zaman sekarang guna alasan ni untuk x kahwin atau memilih lelaki yg berduit je..Yg x berduit pun boleh kahwin cuma lambat sikit la nak hidup senangnya..Semuanya memerlukan usaha yg lebih..Yg pentingnya SABAR..
Jadi tepuk dada tanya iman...

Terima kasih sudi baca ^_^

Monday 20 June 2011

Keinginan Hati

Assalamualaikum w.b.t..
Dua tiga hari ni Ida rasa macam mood x berapa nak baik je..Rasa nak menangis pun ada, nak marah pun ada, nak meraung pun ada..Pendek kata semua rasa ada la..Agaknya dalam kepala Ida ni dah tension sangat kot..Kalau la di beri peluang Ida nak cuti sebulan & pergi bercuti, pusing2 1 Malaysia ni..X payah bercuti kat luar negara pun x pe..Janji CUTI..Rasa nak pergi semua pulau2 yg menarik dalam Malaysia ni..Tempat2 sejuk ke..Mana2 la janji tempat yg menenangkan..Tapi itu cuma angan2 di masa lapang Ida je..Tapi x mustahil boleh jadi kenyataan kan?
Yg pentingnya DUIT..Ada duit semua boleh jadi..Insyaallah kalau ada rezeki Ida nak sangat pergi bercuti tempat2 macam tu dengan family Ida..Sekarang kena kerja, kerja & kerja..
Orang tua2 ada berkata, 'ikut hati, mati..ikut rasa, binasa'..

Terima kasih sudi baca ^_^

Durian Runtuh

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat hari isnin semua..Jangan berada dalam monday blues ye..Hari ni banyak sangat mesej2 yg x penting menghujani handfone Ida..Salah 1 nya berbunyi macam ni..

''RM0.Promotion's Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih HADIAH Percuma ''RM 19,000.00'' dari SHELL HELIX No.reg 552299 Sila Call di Talian 017-8949116"

Aduii..Agak2 sape lah yg buat semua ni ye?Yg pentingnya jangan sesekali PERCAYA dengan semua ni..Masa bila Ida pergi isi minyak kat Shell pun x tau la..Setahu Ida lah, Ida ni pelanggan setia Esso & Petronas..& kalau ye pun syarikat tertentu nak bagi hadiah sedebuk ribu riban macam ni bukan macam ni caranya..Kalau la Ida dapat RM19,000.00 tu kaya la Ida..Hehehe..Boleh buat kahwin & macam2 lagi..Rezeki terpijak kata orang..

Terima kasih sudi baca ^_^

Saturday 18 June 2011

Kenangan Zaman Sekolah

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat petang..Tengah x de keje nak buat ni tiba2 di tag pulak oleh seorang KAWAN untuk join contest yg di anjurkan oleh Dr Siti Hamidah..

Masa Ida tingkatan 4, ada seorang budak lelaki yg teramat nakal..Tapi Ida kesian tengok dia sebab dia anak yatim..Ayah dia dah x de, dia tinggal dengan mak & adik perempuan dia je..Hidup diorang sekeluarga susah sangat..Nama dia Ida dah lupa dah tapi kitorang panggil dia dengan nama glamour dia iaitu Longkang..Hahaha..Kenapa panggil nama tu..Ida pun x tahu..Ada la sejarah dia kot..Longkang ni teramat la selekeh..Beg sekolah entah berapa tahun x bertukar, dah koyak rabak sampai dah x de rupa beg..Baju sekolah pun dah jadi warna kuning, seluar pun singkat sampai nampak stokin dengan buku lali..Ida dengan kawan2 1 kelas selalu belanja Longkang makan & minum waktu rehat..Longkang ni seorang yg suka buat lawak & nakal tapi hati dia baik..1 hari, Longkang x siap kerja sekolah Matematik..Cikgu yg ajar Matematik Ida dulu perempuan & garang sangat..Cikgu Zainun..Jadi sebab cikgu tu geram si Longkang ni x siapkan kerja dia cikgu suruh dia berdiri atas meja..Bayangkan Longkang yg tinggi tu kena berdiri atas meja..Dengan selambanya Longkang cakap
''saya pening la cikgu berdiri tempat tinggi2 ni''

''ok la kalau macam tu awak duduk bersila atas meja tu''

Si Longkang ni pun duduk la..Dah nama pun budak nakal..Memang x reti la nak duduk diam2..Nak di jadikan cerita meja yg dia duduk tu bergoyang sebab kaki meja tu x sama..Jadi dia pun goyang la meja tu buat macam goyang kerusi..Tiba2........Berdebuk!! Bunyi macam nangka busuk jatuh..Kitorang semua pandang meja yg Longkang duduk tu & dia x de kat situ..Rupanya dah terjelupuk kat bawah dengan kaki terkangkang ke atas..Apa lagi..Kitorang semua ketawa x ingat sampai nak terburai perut rasanya..Cikgu yg garang tu pun ketawa jugak..Sejarah la hari tu sebab boleh buat cikgu yg garang macam nak makan orang tu ketawa sampai berair mata dia..Lepas tu cikgu suruh salah sorang budak kelas kitorang pergi kantin order air susu segelas untuk Longkang..Kesian orang tu dah la kurus kering macam x cukup zat cikgu kata..Tu la salah 1 kenangan zaman Ida sekolah..Kisah ni Ida ingat sampai sekarang..Balik sekolah kitorang belanja Longkang makan cukup2 sebab kesian..Kalau nak tahu muka si Longkang tu sebijik macam muka kartun Usop Sontorian tu..

Ida tag 3 orang kawan Ida, Kak ZameaEdie & Sheda Meor..


Sesiapa yg nak join & kongsikan kisah2 zaman kanak @ remaja anda klik kat banner kat bawah ni..Tarikh tutup 9 Julai 2011..

Friday 17 June 2011

Review Filem KL Gangster

Assalamualaikum w.b.t..Selamat hari Jumaat semua..
Semalam encik tunang ajak Ida pergi menonton wayang..Cerita pilihan encik tunang ialah KL Gangster..Cerita yg tengah meletup2 tu..

Cerita mengisahkan tentang Malek yg baru keluar dari penjara & cuba berubah untuk menjadi baik tp terpaksa menempuh banyak dugaan & halangan..Biasa la orang nak berubah jadi baik ni memang banyak halangannya..Sehinggakan adik kandungnya sendiri pun sanggup melawan Malek demi wang..Kisah kumpulan gangster di KL yg masing2 berebut 'kawasan'..

Nak tahu keseluruhan cerita kena tengok sendiri la..Hehe..Tapi pada Ida cerita ni memang best..Banyak aksi..Ida bagi 4 bintang la..Cuma 1 je pesanan Ida kalau bawak anak2 kecik menonton cerita ni kena bagi bimbingan sikit sebab tutur2 bicara dalam cerita kasar sikit & sesuai untuk kanak2..Aksi2 pun jangan tiru kat rumah tanpa bimbingan yg pakar..Senang cerita x payah bagi la kanak2 tengok..Takut terpengaruh..

Last sekali kalau nak tengok wayang tiket kena beli awal2 sebab kalau nak beli on the spot takut full..Kalau niat nak tengok esok hari ni kena pergi beli siap2 ye..Hebat betul sambutan penonton terhadap karya terbaru Syamsul Dato' Yusuf ni..Bagus kepada penonton2 sebab support filem buatan Malaysia..

Terima kasih sudi baca ^_^

Wednesday 15 June 2011

Segmen : Tabiat Saya Yang Paling Pelik..


Assalamualaikum..Segmen lagi..Hehehe..Jom2 join..Jangan Lepaskan peluang yg di berikan oleh Lulu Caldina ni..Tarikh tutup segmen ni pada 18 Jun 2011..Nak join klik banner kat atas..

Tabiat Ida yang Ida rasa paling pelik ialah bila makan nasi x boleh lauk habis dulu..Kalau lauk habis dulu jawabnya nasi tu Ida x habis la..Kalau nasi habis dulu x pe..Tabiat ni Ida rasa memang dari kecik lagi..Sebab tu kalau orang x tau dia akan cakap Ida makan mewah sebab ambik lauk banyak..Pada hal Ida ambik nasi sikit je sebab takut lauk habis dulu dari nasi..Sila jangan tiru tabiat Ida ni ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...