~SaHaBaT SaYa~

Sunday, 12 June 2011

Kacang Lupakan Kulit

Assalamualaikum w.b.t..Selamat berhujung minggu semua..
1st time di pagi hujung minggu tiba2 post entry jiwa kacau..Hehehe..Saja nak tangkap leleh pagi2 ni..Pagi ni selain dari jiwa kacau, semangat untuk berblog walking jugak membuak2..Nampaknya semangat Ida untuk berblog semakin bertambah..


Ok..Sebelum blog walking kena buat warming up dulu..Ida nak membebel pasal kacang lupakan kulit..Manusia lupakan baju lama kot lebih kurang..Ida x tau nak marah ke nak menangis ke nak mengilai berguling2 ke dengan orang macam ni..Dah banyak dah Ida dengar cerita tentang orang macam ni..Kenapa?Mengapa?Why?Semua ini terjadi?

Ida tau mesti kat luar sana yg pernah terkena dengan orang macam ni kan?Semalam ada seorang kawan lelaki Ida bercerita pasal tunang dia yg dah berubah..Cinta beralih arah la kot..Ida malas nak tanya banyak2..Dah kawan tu nak luahkan Ida tadah je la telinga..Diorang ni berkawan & bertunang masa perempuan tu tengah belajar..Family perempuan tu pun x senang mana..Sedang2 je..Adik beradik pun ramai..Jadi kehidupan perempuan tu agak susah sikit la berbanding orang lain..Kawan Ida yg baik hati ni punya la sayang kat dia tolong dia, tanggung dia sampai habis belajar universiti..Pada hal lelaki tu pun x belajar sampai universiti..Setakat SPM je kot..Tapi lelaki tadi sanggup kerja siang malam sebab nak cari duit nak tanggung perempuan tu, nak simpan duit kahwin lagi..

Tup2 bila perempuan tu dah habis belajar & dah dapat kerja nun jauh di Penang dia dah mula berubah dah..Ye la..Dapat kerja besar, dah pakai kereta sendiri..Pada hal ambik lesen pun lelaki tadi tanggung..Lelaki tu cuma kerja biasa2 je kat Perak..Mungkin cinta jarak jauh kot yg merubah hati perempuan tu..

Tapi bagi Ida jarak jauh ke jarak dekat ke yg penting orang berbudi kita kena pandai la berbahasa..Kalau orang tu 10x buat baik pada kita, kita balas la 100x kebaikan..Jangan lukakan hati orang..Sebab kemungkinan esok2 10 orang akan lukakan hati kita balik..Berdosa tau sakitkan hati orang..Jangan la jadi manusia yg x kenang budi..Sungguh pun lelaki tu kerja biasa je tapi hati dia ikhlas tau..Awak agak akan dapat jumpa lagi x lelaki sebaik & seikhlas dia?Renung2 kan la......

*Terima kasih sudi baca ^_^*

8 comments:

  1. nk kenal lah ngn kwn ida tu.. :P
    hehehe.. gurau je.. bila dia berbuat baik, kalau si penerima tak balas dgn baik, sabar saja.. Allah akan balas kebaikan tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Ramai orang bersikap sebegini..kesian dgn lelaki tu kan..

    ReplyDelete
  3. kotak bulat : bleh..nt ida bg no fon die kat awk ye..hehe

    jahidih saili : tu la..kesian lelaki tu..skrg die merana..

    ReplyDelete
  4. eish3.. ad ke cmtu.. bsar dh kot pgrbnan dy.. hargailah skit.. moge2 1 ary nty dy sdar ap yg dy buat..

    ReplyDelete
  5. hemm .. kulit melupakn kancang

    ReplyDelete
  6. sedih lah bila orang tak tahu nak menghargai kan.

    Jarak bukan alasan ... hati tu yang berperanan :)

    ReplyDelete
  7. kesian lelaki itu..nasib akak ni dah kawen...(gurauan kasar jer)

    tp xper..percayalah,pasni laki tu dapat yg lagi hebat dr pompuan itu...

    ReplyDelete
  8. tu la..harap2 lelaki tu jumpe perempuan yg baik & tahu menghargai jasa org lps ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...