~SaHaBaT SaYa~

Saturday 4 June 2011

Info Kesihatan Diri

Assalamualaikum..
Ok..Kalau tadi Ida bagi tips untuk kaum hawa saje..Sekarang Ida nak bagi info untuk kita kongsi bersama..

Jintan hitam cegah H1N1?
  • Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda' dipercayai dpt mencegah jangkitan influenza A (H1N1). Menurut kajian yg dijalankan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam & airnya diminum pada setiap pagi. 
*selalu tengok mak masak guna rempah2 tapi x tau kegunaannya kan..

Kepentingan sarapan pagi
  • Sarapan pagi penting untuk kecergasan fikiran seseorang. Kajian ke atas pelajar Amerika membuktikan seramai 12% pelajar yg x mengambil sarapan pagi kurang tumpuan dalam akedemik. Sarapan pagi membekalkan zat makanan supaya otak boleh berfungsi dengan baik terutama bagi pelajar berusia diantara 9 hingga 11 tahun.
*Ida antara salah seorang yg x suka sarapan pagi T_T

Kasut tumit tinggi boleh elak sakit lutut
  • Menurut penyelidikan baru saintis Britain berhubung kajian tehadap sakit lutut atau artritis, penggemar fesyen kasut tinggi mempunyai tahap kesihatan lebih baik terutama terhadap lutut walaupun tunduk ketika memakainya. Kerosakan lutut paling teruk hanya disebabkan faktor berat badan & melakukan kerja rumah seperti mencuci lantai.
*patut lah Ida selalu sakit lutut sekarang..sebab dah jarang pakai kasut tumit tinggi..

Menu untuk kekal sihat
  • Manusia memerlukan makanan untuk tenaga. Makanan yg telah dimakan akan diproses untuk ditukarkan kepada bentuk tenaga. Semua peringkat umur memerlukan makanan yg kaya dengan kalsium & protein untuk membantu pertumbuhan & perkembangan menyeluruh. Diet yg sihat mengandungi kesemua nutrien makanan yg diperlukan.
*jangan abaikan nutrien baik yg diperlukan tubuh..

Bakar kalori dengan 'Kickboxing'
  • Menurut Michele Olson Ph.D, yg pernah meneliti jenis olahraga bela diri, 'Kickboxing' dapat membakar 240 kalori untuk setiap jam, atau bersamaan dengan akitiviti berjalan kaki & berlari. Gerakannya yg pantas & kuat bertenaga dapat meningkatkan refleksi, koordinasi otak & ketahanan tubuh secara menyeluruh. 'Kickboxing' juga berupaya membentuk badan yg cantik & kuat serta bertindak sebagai pelindung keselamatan diri.
*lepas ni nak daftar kelas 'kickboxing' la..

Bersenam dengan perut kosong
  • Jika perut berkeroncong, ia cuba meminta sesuatu untuk di isi. Jika tidak menghiraukannya, badan bekerja tanpa bahan bakar secara terpaksa. Sebelum bersenam atau melakukan apa2 aktiviti fizikal, ambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.
*suka sangat makan buah pagi2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...