~SaHaBaT SaYa~

Saturday 30 April 2011

Peribahasa Orang Lama


Assalamualaikum, hye & salam 1 Malaysia..
Hari ni Ida nak jadi cikgu boleh x?Ida nak ajar tentang peribahasa atau kiasan orang lama..Kiasan ni kalau tanya atuk atau nenek korang semua mesti diorang faham..Hehehe..Ok, jom masuk kelas cikgu Ida.. ^_^

Orang berilmu / pintar

Tempayan yg penuh itu tidak berkocak airnya = Orang yg berilmu tidak suka bermegah2 kan dirinya..

X dahaga si penunggu telaga = Kalau berhampiran dengan orang besar2 atau orang berilmu maka sedikit sebanyak akan mendapat pertolongan & ilmu pengetahuan..

X gerun *beliung memandang kempas besar tersergam tinggi = Orang yg kecil tetapi pintar tidak takut melawan orang yg lebih besar & di pandang hebat..
*beliung - sejenis alat menebang pokok seperti kapak dengan matanya melintang..

Sukakan gaharu kerana harum baunya, sukakan mahaguru kerana ketinggian ilmunya = Sukakan sesuatu kerana terdapat faedah besar yg dapat dipelajari & dimanfaatkan untuk diri..

Sukarnya kaji pada orang alim, sukarnya wang pada orang kaya = Orang pandai2, berilmu memutuskan sesuatu perkara sesudah menimbangkan sedalam2, semasak2nya tapi orang kaya hanya mengeluarkan duit kalau ternyata menguntungkan dirinya..

Perbuatan sia2

X ada guruh pada si pekak, x ada kilat pada si buta = Kias atau sindiran x ada ertinya pada orang yg bodoh, bahlul..

Takkan boleh bersiul sambil meminum air = Melakukan kerja yg mustahil / sia2..

Antara 2 darjat

Sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik = Barang yg tidak berguna kepada orang besar2, kaya raya, barulah diberi kepada orang miskin, hina..

Menunjuk-nunjuk

Terung buah tergantung, lobak buah berlindung = Ada orang yg suka menampakkan / menunjuk-nunjuk kekayaannya  tapi ada pula orang yg menyembunyikannya..

Ok..Itu saja pelajaran untuk hari ini..Jadi kalau kita balik kampung & duduk dekat orang2 tua, kalau terdengar ayat2 di atas sendiri mau ingat lah ye.. (^_^)

Saya Nak Join Bloglist Aziluzdanhidupnya


Assalamualaikum..Sebenarnya Ida di pelawa untuk join bloglist ni oleh tuan punya blog sendiri iaitu Aziluz semalam..Tp oleh kerana semalam ada masalah2 tertentu yg x dpt di elakkan jadi x dpt lah join semalam..So Ida join hari ni je lah..Jangan marah ye Aziluz..
Benda pertama yg Ida terpandang bila buka blog Aziluz ialah hitam & putih..Hehehe..Simple & cantik..Kalau kita blog walking jarang sangat kita jumpa blog yg simple & menarik kan?Blog Aziluz salah satu blog yg simple & menarik..
Kalau ada yg berminat nak join boleh klik kat gambar Aziluz tu atau pun klik kat SINI..
Join laa..Support blogger2 yg baru ni.. ^_^

Friday 29 April 2011

Bloglist Blog Edie Trigyy : May


Assalamualaikum..
Sedang Ida berblog walking td Ida ternampak la segmen dr Edie Trigyy..Nak kata segmen x segmen jgk lah..Cuma kena buat 1 entry tentang Edie Trigyy ni..Sebab Edie nak cari bloglist untuk bulan May..Syarat dia pun senang je..Tinggalkan entry kat ruangan komen dia je..
Ni kali ke dua Ida join segmen Edie ni..Kali pertama dulu Ida join segmen lucky draw dia..Tp Ida selalu menyinggah kat blog Edie ni..
Walaupun Ida x kenal sgt Edie ni tp Ida rasa Edie ni baik hati..Hehehe..Kalau x baik hati x kan lah Edie buat segmen lucky draw tu kan..(Jgn lupa hadiah dr Europe untuk Ida ye Edie)
Ok lah..Kepada sesiapa yg nak join klik je banner Edie Trigyy tu ye..Jom ramai2 jadi kawan Edie.. (^_^)

Sebelum Bertemu 'Telaga Emas' Part 2

Assalamualaikum w.b.t & salam 1 Malaysia..
Seperti yg dijanjikan, hari ni Ida nak sambung lg kisah hidup artis2 popular sebelum mereka bergelar artis..

Rod Stewart
Sebelum terkenal sebagai penyanyi, Rod Stewart pernah bekerja sebagai penggali kubur..

Stephen King
Penulis novel terkenal ini dahulunya adalah seorang tukang cuci..Dia mula mendapat inspirasi untuk menulis novel apabila ditugaskan membersihkan locker wanita..

Rush Limbaugh
Penganalisis politik Amerika ini asalnya dulu bekerja sebagai tukang pengilat kasut..

Madonna
Aktres ini dulu hanyalah pekerja di bahagian belakang kaunter Dunkin Donuts..

Brad Pitt
Pelakon kegilaan ramai wanita ini dulu bekerja sebagai penarik peti sejuk..Selain itu, dia pernah menjadikan sut ayam sebagai kostum untuk menarik pelanggan di sebuah restoran bagi mencari wang tambahan..

Steve Job
Bos dari Walt Disney ini dahulunya adalah seorang pengutip botol terbuang selain menjadi badut jemputan untuk majlis sambutan ulang tahun..

Adolf Hitler
Sebelum menjadi pemerintah yang terkenal kerana kekejamannya, beliau hanyalah seorang pelukis kad ucapan..

Jackie Chan
Sebelum mencipta nama besar sebagai aktor Asia, Jackie pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan juga buruh binaan..

Itu antara nama2 besar dlm bidang seni yg telah berjaya..Sebelum berjaya mereka jugak pernah hidup susah & menderita sebelum menemui 'telaga emas' kehidupan masing2....Bukan mudah untuk berjaya sebenarnya..Jadi..Berusahalah..Usaha tangga kejayaan kan..

Thursday 28 April 2011

Sebelum Bertemu 'Telaga Emas'

Assalamualaikum & hye semua..
Emm..Mesti korang semua heran kan tajuk entry Ida hari ni..Apa yg telaga emasnya?Haa..Ida nak kongsi tentang kehidupan beberapa orang artis / orang popular sebelum mereka menempa nama dalam bidang glamour ni..Ada yg pernah jadi badut, pembersih kandang singa & menjadi penggali kubur..

Bill Gates
Sebelum bergelar jutawan seperti sekarang, pengasas Microsoft ini pernah bekerja sebagai budak suruhan atau office boy di sebuah syarikat kongres..

Bill Murray
Sebelum dikenali sebagai pelakon, lelaki ini bekerja sebagai penjual kacang di kaki lima pusat beli belah..

Sylvester Stallone
Asalnya dulu bekerja sebagai pembersih kandang singa..

Dan Brown
Sebelum berjaya menerusi penjualan novel terlaris, Da Vinci Code, lelaki ini hanya bekerja sebagai seorang guru biasa sahaja..

William Watkins
CEO dari Seagate Technology, pembekal hard disk utama di dunia..Sebelum berjaya, William dulu hanyalah seorang jaga hospital sakit jiwa pada waktu malam..

Robin Williams
Aktor ini dulu hanyalah seorang pantomin jalanan & beraksi di kaki lima untuk mencari rezeki..

Jerry Seinfeld
Aktor ini dulu hanya bekerja sebagai penjual mentol lampu..

Jennifer Aniston
Aktres ini dulu hanyalah seorang pelayan restoran..

Michael Dell
Pengasas perusahaan Dell Computer ini satu ketika dulu hanyalah seorang tukang cuci pinggan di sebuah restoran Cina..

Ok lah..Sambung part 2 nanti ok?X larat dah nak cari maklumat..Rehat jap..Hehehe..Harap korang enjoy.. (^_^)

My Garry & Jack

Assalamulaikum w.b.t..Tadaa!! Hari ni Ida nak perkenalkan kpd kawan2 Ida semua buah hati Ida 2 ekor ni..Atas permintaan ramai Ida siarkan gmbr2 diorang ye.. (^_^)

Ini si Garry yg degil..Suke buli adik dia Jack..
Ini Garry yg sebenar..
Yg ni nama dia Garry..Di ambil sempena nama siput / pet spongebob..Hehehe..Degil & x dgr cakap..Kena tangkap dulu, cakap2 dgn dia baru reti duduk diam sekejap..Sekejap je lah..X sampai 5 minit membuas lagi..Biasa lah kucing tgh nak membesar..

Ini pulak si Jack yg selalu jd mangsa buli abg dia..
Ini Jack yg sebenar..
Yang ini pulak namanya Jack..Nama dipilih oleh encik tunang sempena nama Black Jack dalam cerita Nightmare..Muka nampak baik..Perangai pun baik jugak kadang2..Cakap sekali je dia dah dengar..Bagus dia ni..Tapi....Kadang2 dia buli jugak abg dia si Garry tu..Hehehe..Asyik dia je kena mana aci..Jack kurus sikit dr Garry..Mungkin sebab dia lasak sgt kot..

p/s : Ida sayang sangat mereka..

Tuesday 26 April 2011

Ben Ashaari Kenang Masa Sekolah

image

Haa..Abg ben buat segmen lg..Byk betul idea abg ben ni ye..Join je lah alang2 dah x tau nak buat apa ni kan..Mcm biasa..Kalau nak join klik je muka ensem abg ben tu..Atau klik SINI pun boleh..

Kenangan ni x tau la manis ke pahit..Dua rasa kot..Hehehe..
Cerita dia mcm ni..Dulu zaman sekolah Ida duk kelas Sains..1 je subjek yg Ida x berapa nak minat..Subjek Fizik..Mmg Ida x minat sgt2..X tahu lah kenapa..Cikgu yg mengajar tu pulak cikgu India lelaki..Nama dia Mr Vellupilai..Ingat lg tau sampai hari ni..Cikgu ni mmg anti Ida..Oleh sbb Ida x minat & x pernah lulus subjek dia jadi dia dgn selambanya dia suruh Ida duk meja dpn sekali..Mengadap muka dia terus..Ida pun zaman sekolah dulu nakal..Ada lah 5,6 org budak lelaki yg x berapa nak boleh score subjek tu kena duduk meja depan jugak..Duduk sekali kat meja makmal yg panjang tu..Mcm2 hal la kitorang buat..Sembang pasal kereta la motor la..X pernah ambik port pun apa yg cikgu ajar..X minat..Ingatkan kitorang je yg lemah subjek dia..Rupanya 1 kelas lemah..Mcm mana boleh tau?Lepas exam & setiap kali cikgu Vellu bg ujian..Muka dia mesti x puas hati..Sampai 1 hari dia dah hilang sabar kot..Dia bawak kitorang 1 kelas turun bawah pergi kat tapak perhimpunan..Kitorang semua tertanya2 kenapa cikgu ni bawak pergi tapak perhimpunan..Dia suruh kitorang nyanyi lagu negaraku & lagu sekolah ramai2 tengah2 hari rembang tu..Cuba bayangkan..Semua budak tgk kitorang sambil gelak2..Dan..Dan..Dan yg Ida x boleh lupa sgt sbb cikgu Vellu pilih Ida jd conduct yg berdiri kat depan sekali mengadap kawan2 1 kelas sambil tgn terhuyung hayang sbb x tau mcm mana nak conduct org nyanyi..Hahaha..Cikgu Vellu berdiri kat belakang barisan sambil pegang rotan panjang..Perasaan Ida waktu tu rasa mcm nak pengsan sambil berdiri je sbb malu sgt..Sampai bf zaman cinta monyet dulu pun tgk tau!

Vaksin Untuk Kucing


Assalamualaikum..Hari ni Ida nak share tentang penerangan ubat vaksin untuk kucing..

Vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.

Biasanya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.
Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu
Pemeriksaan umum
Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Pemberian ubat cacing
Umur 12-14 minggu
Pemeriksaan umum
Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20 minggu
Pemeriksaan umum
Vaksinasi Rabies
Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkitioleh pelbagai jenis penyakit.
Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.
Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah :
Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
Rhinotracheitis dan Calicivirus
Chlamydia
Feline Leukemia
Rabies.
Semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kucing.


p/s : sampai 2 hari update entry pasal kucing..sakit hati punya pasal..huhu~

Monday 25 April 2011

Sedih & Pilu




Assalamualaikum..
Malam ni entry Ida agak emo sedikit..Al-kisahnya..Td Ida buat entry pasal kucing kan?Ada la sorang kwn Ida 1 ofis ni..Ida x tau lah kenapa dgn dia..Sejak hari mula2 Ida ambik anak2 kucing tu sampai hari ni dia x habis2 nak jatuhkan semangat Ida..Kadang2 Ida rasa sedih jugak..Ye lah..Ida ni baru 1st time nak bela kucing..Baru nak berjinak2 dlm dunia kucing ni..Minat mmg dah lama cuma peluang x de..Sekarang baru ada peluang nak bela kucing sendiri..Sepatutnya dia sebagai senior dlm dunia kucing ni bg lah semangat kat Ida walaupun umur dia jauh lebih muda dr Ida..
Ida respect lah dia sbb dia ada berekor2 kucing kat rumah dia..Anak kucing pun ada..Sebenarnya sebelum Ida ambik anak2 kucing ni Ida dah surve internet, tanya pd yg pakar tentang dunia kucing ni..Mcm mana nak jaga, mcm mana nak bela..Ye lah, kita nak bela diorang tu bukan sehari 2..Kalau boleh nak jadikan teman sampai akhir hayat..Insyaallah..
Berbalik pd kisah teman Ida ni..Sedang asyik Ida bercerita dgn seorang teman lain pasal Ida pergi cucuk vaksin & ubat cacing untuk anak kucing tu tiba2 dia menyampuk tanpa bg salam..'Buat apa nak cucuk2 anak kucing tu?Kalau tuhan nak bagi sakit dia sakit jugak..Buang duit je semua tu'..Ya allah..Cuba bayangkan perasaan Ida waktu tu..Ida syg kucing tu mcm syg anak sendiri dah rasanya..'Saya x pernah cucuk pun kucing2 saya..Sihat je'..Masalahnya dia bela kucing apa?Ida bela kucing apa?'Kucing x de beza..Sume sama je..X kira kucing parsi ke kampung'..Ida diam..Malas nak bertekak dgn dia..Sebab Ida rasa dia mcm riak pulak..Mcm tau serba serbi pasal kucing..


Mengikut doktor haiwan, kucing parsi lebih sensitif dari kucing biasa..Kucing ada byk jenis & semua jenis ni berlainan..Cara penjagaan, cara pemakanan semua berbeza..Kalau bela kucing kampung cara penjagaan dia senang sikit..X cucuk pun x pe..Cucuk pun lagi elok..Ye lah diorang tu kan binatang..Kalau dia rasa diri dia sakit pun dia x boleh nak mintak panadol ke apa ke kat kita sebab diorang x pandai ckp..Kucing parsi x boleh terdedah sgt dengan cahaya matahari..Nanti mata dia sakit lah, bulu dia gugur lah..Pendek kata susah sikit lah nak bela kucing parsi ni..Kena selalu mandikan dia dlm seminggu sekali..Kucing biasa nak mandi sebulan sekali pun x pe..Dan anak kucing kalau ibu dia x nak kasi susu JANGAN bagi susu lemak manis f&n yg dlm tin kat dapur korang tu ye?Sbb x elok untuk penghadaman anak kucing..Boleh beli susu untuk anak kucing..Kat Tesco dengan Giant pun ada..RM 6.00 lebih je 1 tin..
Jadi, nasihat Ida..Kalau kita nak bela sesuatu binatang yg kita syg..Elok lah buat research atau lebih elok jumpa dgn doktor haiwan dulu sebelum bela binatang tu ye?Takut nanti tersalah cara belaan dah jadi penderaan binatang pulak..Kesian diorang..Berdosa tau mendera binatang..

Ini copy dr ihsan pak cik google..malas nak up load gambar..tp anak kucing Ida lebih krg ni lah mukanya..

p/s : Lepas ni dia nak ckp apa ckp lah..Yg penting Ida dah jumpa doktor & buat research tentang kucing parsi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...