~SaHaBaT SaYa~

Friday 29 April 2011

Sebelum Bertemu 'Telaga Emas' Part 2

Assalamualaikum w.b.t & salam 1 Malaysia..
Seperti yg dijanjikan, hari ni Ida nak sambung lg kisah hidup artis2 popular sebelum mereka bergelar artis..

Rod Stewart
Sebelum terkenal sebagai penyanyi, Rod Stewart pernah bekerja sebagai penggali kubur..

Stephen King
Penulis novel terkenal ini dahulunya adalah seorang tukang cuci..Dia mula mendapat inspirasi untuk menulis novel apabila ditugaskan membersihkan locker wanita..

Rush Limbaugh
Penganalisis politik Amerika ini asalnya dulu bekerja sebagai tukang pengilat kasut..

Madonna
Aktres ini dulu hanyalah pekerja di bahagian belakang kaunter Dunkin Donuts..

Brad Pitt
Pelakon kegilaan ramai wanita ini dulu bekerja sebagai penarik peti sejuk..Selain itu, dia pernah menjadikan sut ayam sebagai kostum untuk menarik pelanggan di sebuah restoran bagi mencari wang tambahan..

Steve Job
Bos dari Walt Disney ini dahulunya adalah seorang pengutip botol terbuang selain menjadi badut jemputan untuk majlis sambutan ulang tahun..

Adolf Hitler
Sebelum menjadi pemerintah yang terkenal kerana kekejamannya, beliau hanyalah seorang pelukis kad ucapan..

Jackie Chan
Sebelum mencipta nama besar sebagai aktor Asia, Jackie pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan juga buruh binaan..

Itu antara nama2 besar dlm bidang seni yg telah berjaya..Sebelum berjaya mereka jugak pernah hidup susah & menderita sebelum menemui 'telaga emas' kehidupan masing2....Bukan mudah untuk berjaya sebenarnya..Jadi..Berusahalah..Usaha tangga kejayaan kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...