~SaHaBaT SaYa~

Tuesday 10 May 2011

9 Cara Rawat Selulit



Assalamualaikum & selamat malam semua..
Hari ni agak kelewatan sikit Ida update entry..Maafkan Ida sebab kerja byk sgt lah..X nyempat nak update apa2 entry..Hehehe..Ok hari ni Ida nak share dengan readers semua (konon ada readers) apa yg Ida baca dlm majalah wanita beberapa hari lepas..Kalau yg dah baca jemput baca lagi sekali..Pada yg x berkesempatan beli majalah Wanita pun jemput baca jgk ye..Sebab Ida rasa ramai wanita yg di luar sana takut dengan masalah selulit ni kan?Dan ramai jgk yg masih mencari2 lagi cara nak hilangkan selulit ni..Lebih mengejutkan 90 % wanita dewasa memiliki selulit x kira gemuk atau kurus..Jom kita baca sama2..

9 Cara Rawat Selulit :

  • Banyak minum air - Minum air putih antara 6 hingga 8 gelas sehari bagi menyingkirkan lebihan natirum yg menyebabkan kehilangan cairan di dlm tubuh..Kalau x nak minum air putih boleh minum teh herba atau jus buah..Kadar cairan yg tinggi menjadikan kulit lebih lembut..
  • Berhenti merokok - Selain dpt membantu hilangkan selulit, dpt jgk membuang tabiat buruk ini..Tabiat merokok sebenarnya memburukkan selulit yg terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit..Akhirnya kulit akan terjejas..
  • Olahraga - Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda..Jika kita menggabungkan latihan kardiovaskular dengan latihan untuk otot kaki ia akan membantu mengurangkan selulit..
  • Gosok tubuh - Menggosok kulit membantu membuang sel2 kulit mati, merangsang perjalanan darah & meningkatkan aliran limfatik anda..Ini dpt membantu hilangkan selulit..Gosok tubuh 2 kali sehari setiap kali mandi untuk hasil terbaik..
  • Lembapkan kulit - Krim untuk selulit semakin byk di pasaran..Bagi mendapatkan hasil yg lebih maksimum, amalkan olahraga serta makan & minum yg sihat..Guna pelembap kulit 2 kali sehari untuk kulit lebih mulus & elastik..
  • Perbanyakkan asid lemak perlu - Asid lemak perlu dpt membantu memperkuat jaringan di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit..Makanan yg kaya dgn asid lemak ini membantu mengurangkan sel2 lemak..Antara makanan yg mengandungi asid lemak esential adalah minyak zaitun, minyak ikan, minyak biji beri hitam & sebagainya..
  • Banyakkan makanan berprotein - Protein membantu kerana ia mengandungi albumin yg membantu menyerap lebihan cairan..Cuba makan 3 hidangan ikan, kacang2 & biji2an setiap hari bg mendapatkan hasil terbaik..
  • Urutan - Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda..Ia membantu mengurangkan stress, meningkatkan perjalanan darah & membantu mengurangkan selulit..
  • Kurangi stress - Stress menyebabkan perubahan hormon yg dpt mempengaruhi kulit..Kortisol merupakan hormon stress yg boleh menyebabkan kulit semakin menipis & meningkatkan penyimpanan lemak..Ia jgk melambatkan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan kulit sihat..
Ok..Done..Itu saje..Selamat mencuba.. ^_^

7 comments:

  1. Salam. Tip yang bagus. Thanks for sharing. =)

    ReplyDelete
  2. wah3..
    info baru :)
    tqvm..

    ReplyDelete
  3. huhuhu...
    ini info buat akak mkn dalam u...

    hahaha....selalu tersasar dr matlamat..
    baru lepas makan nasik ayam....mlm2 buta pulak tu...mn tak btambah selulit tu...

    ReplyDelete
  4. citi bazyla : thanx..keep in touch ye..
    kak zam : hahaha..kak zam ni kena duduk ngan ida seminggu bia ida control akak mkn..hahaha..
    dedetz : syok ke?bce lg ye..
    Emry : dah ziarah awk kembali..

    ReplyDelete
  5. good info. thanks for sharing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...