~SaHaBaT SaYa~

Wednesday 4 May 2011

Contes : I Love My Mom

♥ N0thiNG LasTS F0rEVeR  ♥

Sempena hari Ibu ni Ida rasa nak join la contest ni..Saje suka2 nak join..Ida x harap sgt pun nak menang sebab Ida rasa ramai lagi yg lagi best, lagi bagus dari Ida..Sape yg nak join senang je..Klik je kat banner Cik Norlida kita ni..

Nak join contest ni kena bagi cadangan atau kutukan membina katanya..Ok lah..Pada pendapat sy blog Cik Ida ni cantik, x terlalu berat sy rasa..Sy pun hantu pink jd mmg suka lah dgn blog Cik Ida ni..Sejuk je mata memandang..Hehehe..Semoga Cik Ida berjaya dlm dunia blogging ni..Teruskan ber'blog'..Jgn putus asa ok?Usaha tangga kejayaan..Itu je kata2 semangat dari empunya nama yg sama, blog lain2..Hehehe..Kutukan x de lah..X baik kutuk2 org..Biar org kutuk kita x pe.. ^_^

Ida sebenarnya x tau nak cerita kisah sedih atau bahagia bersama my luvly Mummy ni..Tp Ida cerita kisah sedih dlm bahagia lah ye?
Ibu Ida bernama RAINAH BT MOHD..Di lahirkan pada 01 May 1956 di negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) tapi dibesarkan di Perak..Seorang Ibu yg penyayang..Sanggup bersusah pyh demi anak2 tercinta..Ida anak sulung perempuan..Org ckp anak perempuan dgn Ibu ni kadang2 'panas'..X boleh duduk dekat..Mungkin betul..Sebabnya Ida dulu2 memang suka melawan & bantah apa saja ckp Ibu Ida..Kalau dia membebel, Ida tutup telinga atau duduk dlm bilik diam2..Apa Ida nak mesti Ida dpt sbb kalau x dpt Ida akan mengamuk..Makin hari makin Ida melawan sbb Ida rasa Ida dah besar, jadi x de sape boleh tentukan hidup Ida atau nak tegur2 Ida..Bagi Ida Ibu Ida mcm kolot, kampung walaupun dia tau main sms & bukak laptop..Cuma x de facebook sbb bagi dia buang masa je main facebook & segala mcm dlm internet ni..Baik isi dgn perkara berfaedah..Sbb Ibu Ida ada sebuah kedai makan..Jadi masa dia byk terisi dgn kerja..Kalau anak2 buang masa x de kerja mmg dia marah sbb x tau menghargai masa..Masa itu emas kata dia..Tapi selepas Ida habis sekolah & belajar jauh dr rumah Ida mula rasa rindu..Rindu pd bebelan si Kolot..Rindu pd masakan si Kampung..Rindu pd kemarahan si Tua..Rindu segala2nya..Dan yg paling Ida rindu jagaan & masakan Ibu apabila Ida demam..Dari situ Ida tau sekolot mana pun dia, sekampung mana pun Ibu..Dia lah yg Ida adik beradik pggl MUMMY, org yg Ida syg sampai akhir hayat..X de pengganti dia di dunia ni..Hanya dia..MUMMY..Begitu sabar & tabah melayan karenah anak2 yg degil, x dengar kata, melawan..X pernah merungut walau pun terpaksa bersusah pyh tolong suami untuk besarkan anak2..Sekarang, Ida dah kerja..Jauh dr rumah jgk..Tapi Ida akan sms atau call untuk tanya khabar Ibu Ida setiap hari..Rindu terus menggebu dihati..Kalau ada peluang Ida akan balik kg jenguk Ibu & adik2..Jadi pd sesiapa yg pernah melukakan hati Ibu, sempena hari Ibu yg akan dtg ni ambil lah balik hati Ibu yg dah kita guriskan dgn kata2 & perangai kita selama ni..Ingatlah, Ibu x mintak wang ringgit kita..Cuma mintak kita sentiasa dekat di hati beliau..Kerana pd Ibu seorang anak tetap seorang anak yg masih kecil pd dia..Walaupun sudah berkahwin..Belailah Ibu anda selagi dia masih bernyawa di muka bumi ini..Insaflah kerana apabila Ibu sudah tiada kitalah manusia yg paling rugi di dunia..

Kak Long syg Mummy sampai bila2..

Ida tag 2 org kawan Ida :



4 comments:

  1. good luck ida. insyaAllah klu edi ada masa edi join.. tapi takut nages lagi.. huhu

    ReplyDelete
  2. ida..best la kata-kata awk tuu..msty leh menang nie..hehehe..btol 2 hrgai lah ibu kite selagi die ad d cc kite...xleh nk bygkn cmne klu ibu dh xde...sungguh...sieyla takut sgt nk pk kn sume 2...2 lh bnde yg paling sieyla takut..ambik lh apa2 pn dlm idup sieyla, asalkn jgn ambik my mom............

    ReplyDelete
  3. btol tu sieyla..xdpt nak bygkan..jgn bygkan lah..sedih..huu T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...