~SaHaBaT SaYa~

Monday 9 May 2011

Jangan Takut Gagal



Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia & hye semua.. ^_^


Pernahkan korang semua mengalami kegagalan?Gagal dlm perhubungan, gagal dlm percintaan, gagal dlm karier dan gagal dlm mencapai apa yg korang impikan..Semua org takut gagal..Semua org x nak gagal..Sebab apabila kita gagal kita akan mula menyalahkan semua org, menyalahkan keadaan keliling, menyalahkan takdir dan sebagainya..Ada yg menyalahkan diri sendiri sehingga jadi kecewa melampau..Gagal memang sakit & mengecewakan..
Tapi sebenarnya pelajaran terbaik kita adalah belajar daripada kegagalan..Bukan menyalahkan keadaan sekeliling, menyalahkan takdir atau berserah pada nasib..Kita gagal ketika itu kerana kita belum bersedia untuk menggegam kejayaan..Rezeki belum berpihak kpd kita..Kita perlu perbaiki atau pertingkatkan lagi apa yg kita ada supaya apabila kita berjaya nanti ia akan menjadi sebuah kejayaan yg boleh dibanggakan..
Jadi jangan terlalu takut untuk menghadapi kegagalan..Kerana ia boleh menjadi guru terbaik kita..Asalkan kita mahu mengakui kelemahan diri..Terima kelemahan itu & berusaha untuk memperbaiki & mengatasinya..
Tanyalah sesiapa saja yg berjaya pada hari ini pasti mereka akan berkata 'saya berjaya kerana saya pernah gagal'
Sorang kawan Ida yg berjaya skrg pernah kata..'aku berterima kasih pada kegagalan lalu, kerana gagal aku berada di tempat ini sekarang, kalau aku x gagal dulu, mungkin hari ni aku x tau apa2 atau mungkin aku jadi org biasa2 je'..Dia skrg berjaya bukak perniagaan salon rambut & butik pengantin sendiri..Salah 1 butik terkenal di Kelantan Darul Naim..Dulu dia yg selalu dpt nombor terakhir dlm kelas & x pernah lulus apa2 subjek..Tapi sbb dia rajin bertanya setiap hari pada cikgu akhirnya dia dapat nombor 1..


notakaki : Usaha tangga kejayaan..

3 comments:

  1. akak selalu gagal..
    gagal berdiet...selalu kecundang!!!
    hehehe....

    ReplyDelete
  2. betol2. i love this post,good job :)

    ReplyDelete
  3. kak zam : teruskan berusaha ye..
    mad : thanx..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...