~SaHaBaT SaYa~

Sunday 5 June 2011

Akibat Sombong!

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat pagi Ahad kepada semua bloggers & followers tersayang..Selamat bercuti di hujung minggu..Pagi2 hujung minggu ni Ida nak share 1 cerita dengan korang semua..Tentu korang semua pernah dengar tentang kapal Titanic yang karam 1 masa dulu kan..Kisah tenggelamnya kapal Titanic menjadi ingatan hampir semua orang di seluruh dunia ni..Ramai yg turut bersedih dengan kejadian yg menimpa kapal mewah tersebut..Tapi, apa sebenarnya yg menjadi penyebab kapal Titanic tenggelam?

Hampir semua orang tahu bahawa tenggelamnya kapal Titanic adalah kerana terlanggar bongkah ais ketika dalam perjalanan menuju Kutub Utara..Ada juga pendapat mengatakan bahawa karamnya kapal Titanic kerana hukuman yg Tuhan berikan disebabkan sikap alpa manusia di atas kapal itu..Namun, sebenarnya kapten kapal itu pernah mengatakan dengan bangganya bahawa kapal mewah tersebut x akan karam di lautan kerana teknologi yg di gunakan benar2 canggih, sehingga dia berani mengatakan bahawa Tuhan pun x akan mampu menenggelamkan kapal tersebut..Sungguh angkuh sikap si kapten kapal!

Dan sebagai pembalasannya, kapal Titanic berlanggar dengan bongkah ais sehingga menyebabkan kapalnya karam & mengorbankan banyak nyawa..Secara kebetulan, perjalanan kapal mewah tersebut melewati wilayah yg sangat eksotik & ramai orang mengatakan wilayah tersebut sebagai the last frontier..Gunung ais yg di anggap kecil dari jauh, hakikatnya amatlah besar & mampu menenggelamkan kapal Titanic yg kononnya dianggap begitu canggih & mewah..

Jadi, kesimpulan kepada cerita ini usahlah kita bersikap riak, takbur, sombong & bangga dengan apa yg kita ada sekarang kerana x mustahil 1 hari nanti semua itu akan ditarik semula..Ingatlah bahawa segala yg digunakan dalam dunia ini hanya sementara & semuanya adalah pinjaman dari Yang Maha Esa..

p/s : manusia sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi x pernah tua untuk bertaubat..

Terima kasih sudi baca ^_^

2 comments:

  1. ha.. betul-betul-betul...(angguk2)

    hidup ni biar sedar sikit langit tu tinggi ke rendah... jangan nak riak sangat.. ^^

    ReplyDelete
  2. dah mcm upin ipin dah soly..hehehe..
    hidup dgn merendah diri lg mulia kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...